ads

26 September 2011

masak daging nasi kandaq

ini ialah masakan daging nasi kandaq. kalau pi penang makan nasi kandaq, daging ni lah selalu memang xmiss punya.


ni resepinya:
1/2 kilo daging
1/2 cawan kicap masin
2 cambesar kicap manis
2 cambesar cili boh atau serbuk kari daging
1 camteh serbuk jintan manis
1 camteh serbuk jintan putih
1 cambesar serbuk ketumbar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih} tumbuh lumat dua ni.
1 inci halia}
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 barang serai
2-3 cili hijau
daun kari atau daun sup
minyak untuk menumis

potong daging ikut suka, dan rebus hingga hempuk, simpan airnya.

bawang besar. bunga lawang bunga cengkih kulit kayu manis hingga garing, serai,masukkan halia dan bawang putih yang sudah ditumbuk. biar ia garing, masukkan cili boh atau rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, biar ia garing dan wangi. masukkan daging dengan airnya sekali masukkan kicap, biar ia mendidih dan daging mesra dengan rempah kicap tadi. masukkan cili hijau, daun kari@daun sup. biar ia masak agak pekat dan angkat. kalau rajin taburkan bawang goreng ke atas.

perhatian: masakan mamak menggunakan bawang besar, bawang kecil banyak dengan hanya menghiris saja, tidak menumbuk, cuma bawang putih dan halia saja didtumbuk, supaya lauk atau nasi yang dimasak tidak cepat basi.




No comments:

Post a Comment