ads

09 February 2013

MI KUAH UDANG

Assalamualaikum semua, selamat beristirehat dihari cuti bersama keluarga, best noooo cuti panjang minggu ni, boleh balik kampung kalau kampung dekat, kaknab yang dah tak bekerja lagi, mana ada cuti memanjang je tak ada cuti, sebab hari2 nak makan, kalau tukang masak cuti, alamat tak berasaplah dapur.

petang ni kaknab buat mi kuah udang, kaknab dok rebus kepala udang atas dapur, suruh anak tutup api, sebab udang dah lama mendidih, dok ralit online suami tanya, kepala udang tu nab nak buat apa. oh ya baru teringat, kaknab cakap nak masak mi la.

lalu kaknab terus masuk dapur pulun buat mi. kepala udang kaknab blender, sot set sot set kat dapur tak sampai sejam siap lah mi kuah udang, hidang kat suami, aih dah siap ke mi mak engkau. amboi cepatnya, tu lah kaknab kalau nak masak cepat yang lambat tu tak mau masak hahahaha.
bahan2nya: 

600 gm mikuning 
50 sen taugeh 
3 pokok sawi 
sedikit daun sup 
4 camca besar tomato sup kimball 
1 camca besar cili mesin 
1 camca besar sos tiram 
1 camca makan otak udang (bancuh sedikit dengan air panas) 
200 gm udang 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih sedikit minyak garam,kicap air rebusan kepala udang (toskan ambil airnya, kemudian blender kepala udang hingga halus, tapiskan ambil air nya) caranya: tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kuning, masukkan cili mesin, biar sekejap hingga garing. masukkan sos tiram, otak udang, tomato sup, kicap, masak sekejap hingga naik bau, kemudian masukkan air udang dari rebusan dan air udang dari kepala udang, masak sampai mendidih, masukkan taugeh, sawi dan daun sup. biar sekejap lalu masukkan mi, biar mi masak, masukkan garam secukupnya. apabila mi sudah masak boleh lah dihidang panas2.

No comments:

Post a Comment