14 September 2013

merawat kaki makan air atheletes foot

kesian kalau kaki makan air, suami kaknab panggil jagu. entah apa lagi yang orang panggil, yang tak best memang gatal2. untuk menghilangkan kaki makan air, ubat yang paling baik ialah "ECONAZINE" cream, boleh dibeli di farmasi2 harga tak mahal cuma rm8 saja. 

ini selepas rawatan - nampak dah baik kan, gatal pun hilang




ini sebelum rawatan - kalau macam ni memang gatal gile.



selain kaki makan air, kalau gatal celah kelengkang, tak kira lah lelaki ke pompuan ke, cream ni, memang bagus.

ni lah cream nya

13 September 2013

MERAWAT TUMIT KAKI PECAH

Mengapa tumit kaki kita pecah, Ini disebabkan kulit yang kering, kurang air di lapisan kulit. Mungkin juga fakta umur, kerana umur yang meningkat, menyebabkan kurangnya  air di lapisan kulit lalu kering dan pecah

Suami kaknab dulu masa masih bekerja, selalu pakai socks dengan kasut kerja, tapi setelah pencen, banyak memakai selipar dan sandal, kakinya menjadi pecah. wpun dia lelaki, dia pun pentingkan kecantikan kaki juga hehehe, ingatkan pompuan saja yang nak cantik. 

Jadi bermulalah rawatan kaki, dengan menyapu aqueous cream selalu, dalam masa tak sampai sebulan  kaki yang pecah pun hilang. jadi kaknab nak share dengan kawan2 untuk merawat kaki yang pecah. Aqueous cream mula2 anak kaknab yang bagi, dia memang pakai cream ni sebab ada psiorasis, Dengan menggunakan cream memang hilang sama sekali, kaki pun menjadi cantik. cream ni ada dijual di farmasi tak kira lah apa jenama mungkin ada yang mahal dan ada yang murah. Apa pun cream ni memang bagus, tak lah mahal sangat.

Ni lah gambar kakinya yang pecah sebelum dan selepas rawatan.

kaki kanan sebelum rawatan

kaki kiri sebelum rawatan
kaki kanan selepas rawatan
kaki kiri selepas rawatan

cream ni anak kaknab beli kat watson regenya rm16 saja.
kaknab mantapkan lagi dengan campur dengan minyak zaitun. bagi lagi power

Amboi macam kaki anak dara lah pula.

Tak payah pi jumpa doktor nanti dia charge consultant fee pula. beli cream ni untuk kaki yang pecah.

12 September 2013

masak apa kaknab?

2-3 hari kaknab xmasak asyik makan luar saja sebab pi cuci dan kemas rumah kaknab kat sungai lalang, suami dah pencen akan pindah hujung tahun ni. pi bayar cukai pintu, cukai tanah, bayar deposit air dan api. dah masuk air baru lah boleh cuci. tadi pagi baru pi pasar jadi hari ni baru lah makan kat rumah. kaknab masak gulai daging tetel permintaan suami. ikan cencaru belah belakang, kebetulan kaknab ternampak orang jual siput baji(kemudi) ni siput faveret kaknab, terus beli, kaknab goreng dengan kentang je, siput goreng pun sodap, ulam pucuk janggus, ulam raja dan daun selom, petai beli hari tu ada lagi, dah tua itu yang sedap. upload gambar je.
siput baji goreng. 
ikan cencaru belah belakang dengan ikan temenum borek goreng
sambal belacan
ulan raja, daun selom, pucuk janggus, petai tua
gulai daging tetel

11 September 2013

buah pinggang

Kita semua tahu buah pinggang memainkan peranan yang penting dalam tubuh kita, rosak buah pinggang akan membuat badan kita terus tidak sihat. ini ada info yang kaknab ambik dari blog kesihatan. terima kasih kepada blogger ini, yang berkongsi dengan kita

Gejala bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang. 

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.
Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala. 

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.
Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru. 

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).
Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok. 

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.
Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti: 

# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)
# Ujian air kencing
# Sinar-X atau IVU
# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)
# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)
# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang) 

# Biopsi buah pinggang 
Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:
# Tekanan darah
# Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)
# Paras kolesterol dalam darah 

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.
Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu. 

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan. 

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit. 

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza. 

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja. 

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka. 

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya. 

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis. 

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.
Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan. 

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.
Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk. 

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:
# Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)
# Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah
# Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.

09 September 2013

lopes pulut

Pulut yang lebih selepas buat pulut tetai 2-3 hari lepas ada lagi, daun pisang pun ada lagi daripada biar membazir daun pisang nanti layu kecut macam tu, kaknab pikiaq baik buat lopes pulut, lagi pun lama kaknab xmakan lopes, memang ada jual kat luar sana, kadang2 lopes yang depa buat, tekan dengan acuan xberapa kejap dan liat, nak jumpa lopes yang kental dan kejap payah la ni, orang berniaga buat yang mudah saja. mai kita tengok resepi lopes pulut, bukan susah pun cuma renyah lah sikit, nak balut dengan daun pisang. 

2 cawan pulut 
satu cawan air daun pandan sedikit kolor hijau nak bagi cantik hijaunya
 beberapa helai daun pisang. layur dulu 
tali untuk mengikat
 kelapa parut putih (kukus sekejap bagi dia masak supaya tahan lama) 
garam 

untuk kuahnya 
gula merah di masak dengan air. 

 di dalam loyang masukkan pulut dan air daun pandan. airnya biar paras dengan pulut, kemudian kukus dalam 10 minit. pulut biar xberapa masak. masak 3/4 cukup. sejukkan sekejap. daun pisang buat kelongsong dengan menggunakan gelas. ikat dihujungnya. bila pulut sudah sejuk masukkan ke dalam kelongsong daun pisang ikat hujung dan pangkal serta tengahnya supaya elok kejap. rebus hingga masak lebih kurang 20 atau pulut masak. bila dah sejuk potong dengan menggunakan benang supaya potongannya cantik. gaulkan dengan kelapa yang sudah dicampur dengan sedikit garam. makan dengan air gula merah.

08 September 2013

Hari ni kaknab buat bubur putih bubur merah. Husband kaknab selalu cakap lama dia xmakan bubur ni, makan masa dia kecik2 dulu je. kaknab sendiri pun xpernah tengok bubur ni, kaknab google cari resepinya, lalu kaknab buat. okay juga. Dulu katanya kalau ada siapa siap yang qatam quran, bubur ni selalu orang jamu. Ni bubur orang johor lah katakan
jum kita tengok resepinya

  1 cawan beras
 200 gm santan
2 camca besar gula merah
 sedikit garam
 daun pandan

 kaknab masak beras dengan air yang banyak dari biasa, hingga kembang, baru kaknab masukkan santan, garam. bila beras dah kembang kaknab cedok 6-7 camca asingkan. bubur yang baki dalam periuk kaknab masukkan air gula merah, sebab kaknab masak dulu dan tapiskan takut ada sampah atau pasir. kacau bubur hingga semua teradun elok. tuup api. semasa hidang cedok yang merah dalam mangkuk letakan yang putih ditengah macam dalam gambar. seronok juga dapat rasa bubur yang xpernah kaknab makan hehehe

07 September 2013

PULUT TETAI ATAU TAI TAI

Pulut tetai adalah nostalgia, masa kaknab kecik2 dulu, kueh ni merupakan salah satu antara kueh kueh yang kaknab jual. Kaknab jual Aci Putih punya, kaknab ambik commission atau upah atau dalal kata orang johor. pulut tetai aci putih memang sedap kuahnya sedap sangat.

semalam kaknab buat lah pulut tetai sebab kempunan sangat, pulutnya memang jadi cantik tapi kuahnya taklah sesedap kuah aci putih, kaknab buat ala ala sekaya tapi cair senang nak tuang ke atas pulut. bila dah makan amboi sedapnya, pulutnya kental lemak semua cukup. lain kalai boleh buat lagi.
jom kita tengok resepinya


400 gm pulut (direndam 4 jam)
 250 gm santan pekat
 sedikit garam daun pisang dilayur dahulu
daun pandan
daun pisang

 untuk kuahnya

 1 cawan santan pekat
 2 biji telur
 2 camca besar gula merah
 2 camca besar gula putih
 1 camca besar tepung gandum
daun pandan

untuk pulutnya

di dalam loyang letakan daun pisang yang sudah dilayur. letak tepi loyang itu

siap kan loyang lain untuk mengukus pulut.
toskan pulut yang direndam. masukkan ke dalam loyang bersama 2/3 santan, letak daun pandan di atasnya  dan kukus selama 20 minit atau pulut sudah masak. bila sudah masak angkat, keluarkan daun pandan, kecah2 dengan garpu, masukkan pula 1/3 santan yang baki. letak di atasnya daun pandan dan kukus lagi selama 20 minit. 

bila pulut sudah masak angkat. keluarkan daun pandan, masukkan pulut ke dalam loyang yang sudah dilapik daun pisang. bagi rata sambil menekan dengan senduk supaya ia kejap sepenuhnya. tutup dengan daun pisang sepenuhnya. ambik loyang kosong letak atasnya, lapik dengan benda berat. kaknab gunakan lesung batu. ada orang gunakan bata yang dibungkus cantik. biarkan selama 2-3 jam supaya ia kejap elok

ditekan begini.

tanpa kuah kental pulutnya

dengan kuahnya



Untuk kuahnya.

masak santan gula merah dan gula putih. masukkan daun pandan lebih ssikit sebab telor agak berrbau hanyir, kacau selalu supaya santan tidak merruap. pecahkan telur dan pukul dulu, kemudian masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau jangan berhenti. bila telur sudah masak ia agak berrketul2 tidak licin kuahnya. masukkan ke dalam blender campur sedikit air, sebab kuah panas nanti rosak blender pula. masukkan tepung gandum. blender hingga telur hancur dan kuah licin dan cantik. lepas itu masuk semula ke dalam perriuk kacau dengan api perlahan hingga kuah masak elok. sejukkan.



JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG