ads

15 July 2015

Rempeyek kacang

Kueh rempeyek adalah kueh kegemaran keluarga kaknab. Selalu balik johor mesti mak mertua yang buat, tapi kaknab xbalik raya johor tahun ni, kaknab buat dengan husband


1 kg tepung beras
3 camcabesar tepung ubi kayu
200 gm santan  campur dengan air jadikan 3 mangkok
150 gm  udang kering tumbuk lumat
2 camcabesar ketumbar)
1 camcabesar jintan manis)
1/2 camcabesar jintan putih) tumbuk kasar ketiga ni.
Garam secukupnya
1 camcabesar air kapor
1 camcabesar gula
Sediakan santan cair semangkok untuk ditambah sekiranya adunan menjadi pekat atau mendap kebawah.
Kacang tanah (sangai sekejap dalam oven bagi dia kering  supaya cepat rangup bila menggoreng.)
2 biji telor

Bancuh semua bahan diatas kecuali kacang tanah. Biar adunan cair supaya.boleh di tuang ditepi kuali.
Masa nak menggoreng boh dalam mangkok sedikit  campur kan kacang. Cedok adunan tepung secamca sekali dengan kacang, tuangkan ditepi kuali bila dah masak sikit kais ke dalam minyak. Telengkup bahagian kacang kebawah lama sikit supaya kacang masak rangup. Goreng sampai golden brown. Ok

Suami kite tengah buat rempeyek

Nak buat tumpi pun sama bahan di atas cuma guna kacang hijau. Kacang hijau kena rendam semalaman atau paling kurang pun 6 jam supaya kacang hijau kembang. Kalau tak rendam kacang hijau keras berdentum hehe.

Tumpi


Begini


2 comments:

  1. Salam Perkenalan...

    Terima kasih akak atas tips nak cepat rangupkan kacang tanah tu....guna oven yer....

    ReplyDelete