ads

07 October 2015

Bengkang ubi kayu

Ada yang panggil bika. Tapi kaknab orang utara memang panggil bengkang ubi kayu. Bengkang gandum, bengkang gula putih, bengkang pulut, bengkang melaka. Bika pula orang selatan yang panggil.

Ni yang kaknab buat malam ni ialah bengkang ubi kayu. Ubi yang kaknab beli xempok atau xgebu, nak buat pengat atau rebus saja makan dengan nyok dan gula, memang tak sedap. Ia jenis jernih, jadi kaknab buat bengkang.

Bengkang ubi kayu memang yang paling kaknab tak rajin buat sebab nak parut ubi lah yang paling malas sekali.
Tapi sayang ubi dari terbiar begitu kaknab pun buat bengkang. Bakar pula dengan periuk nasi tafel, tu pun first try guna untuk cake. Okay juga, senang banyak la ni.

Dah siap dibancuh kaknab pun bakar dengan rice cooker Tefal. Ni lah juga first time guna periuk ni bakar kueh. Senang banyak lah. Dah siap cukup2 setengah jam masa membakar.

Jom kita resepinya.
Kaknab buat sikit je. Klu nk buat byk doublekan.

2 cawan ubi kayu yg sudah disagat dan ditapis buang air.
1/2 cawan gula
1 biji telur 
3/4 cawan santan pekat
1 sudu besar butter cairkan. Xcair pun xpa.

Gula, telor, santan dan butter blend sampai hancur. Campurkan santan tadi dengan ubikayu sagat, kacau sampai rata. Bakar. 
Senangkan.

No comments:

Post a Comment