ads

15 December 2016

belangkas bakar

Suka tak makan belangkas? Sedap kan kalau bakar, wangi satu kampung. Telur dia yang paling sedap. Lemak lemak gitu rasanya.

Baru baru ni, kaknab bawa balik dari Muar, beli kat orang sekor rm5. Murah sangat tu. Kat muar kaki mancing beli belangkas nak buat umpan mancing ikan sembilang.

Kaknab dan suami tak biasa lagi guna belangkas buat umpan.

Kalau knab kecik2 dulu, masa dok di Tg Tokong, memang selalu cari belangkas bawa balik bakar. Budak2 dulu memang pandai bab ni.
Kalau mak tahu memang kena marah.

Tapi kini belangkas haiwan yang hampir pupus. Kerana belangkas mengambil masa 9 tahun untuk membesar sebagai dewasa untuk mengeluarkan 90,000 ribu telur, dari 90,000 ribu itu, kalau menetas hanya 10 ekor yang mampu hidup untuk menjadi dewasa. Bayangkan kalau kita ambik sekor betina, habis la riwayat hidup belangkas. Namun telur belangkas sangat sedap. Kaknab pun beli nk makan. Minta maaf kerana memberhentikan pembiakan belangkas.

Belangkas belum bakar

Telur belangkas yang yang sedap

Begini la telurnya setelah dibuka kulitnya



Dah bakar



No comments:

Post a Comment