ads

30 January 2017

7 hari di mekah

Selama berada di mekah kaknab dan husband sihat saja tak batuk atau demam. Kami buat umrah sebanyak 3 kali. Sekali umrah wajib dimana niat di miqat, qarnul manazil semasa atas pesawat, kali kedua, di ja'ronah, dan ketiga di tanaim. 

Walaupun ketiga umrah dibimbing oleh mutawif andalusia, kaknab dan suami buat sendiri, tidak ikut mutawif kerana mutawif orang muda umur duapuluhan, mesti lah kuat dan berjalan laju semasa tawaf tidal terikut kita yang warga emas, jadi kami pi sendiri, boleh jalan pelan2 tanpa berebut rebut masa, relax ja, xpenat sebab bertawaf perlahan wpun lambat sikit tapi xletih atau lenguh. Kalau berjalan laju rasa sakit irat saraf la, orang tua mana nak sama dengan yang muda.

Nasihat kaknab pergi haji atau umrah masa,muda, badan masih kuat dan sihat.

Kaum lelaki kaki memang pecah kerana bertawaf dan saie tak pakai kasut, atau stokin, bagi kaum perempuan agak beruntung juga kerana boleh pakai stokin, kaknab pakai stokin stokin serta stokin tawaf yang tapak berbiji, xlicin jalan atas lantai tiles pun selesa.

Kaki husband habis pecah2 sebab dia buat banyak sunat tawaf disamping umrah. Nak pakai lotion pun kadang tak sempat..

Kaki  husband pecah teruk



No comments:

Post a Comment