29 January 2019

Jalan jalan ke langkawi (sambungan)

Hari ni hari kedua kaknab dan suami di langkawi. Pagi breakfast kat hotel. Sebab kaknab booking melalui agoda tak ada include breakfast so kena la bayar 20.00 seorang, ok la tu, tak payah nak pening pening nak fikir mana nak makan.

Makanan dihidang buffet style. Banyak juga menunya, nasi tomato ayam masak merah, roti jala, mee sup, beehun goreng, sausage, baked beans, bubur nasi, roti pelbagai. Buah buahan. Tak termakan semua haha.

Tengahari pi kat jetty point naik grab msksn kfc ja. Berehat sekejap kat dataran helang







28 January 2019

Jalan jalan ke langkawi

Sampai ja komuter di setesen arau kaknab dan suami sewa taxi ke kuala perlis tambang rm26. Hari tu tahun 2015 kaknab naik taxi pun rm26 juga. Pukul 12.30 naik ferry ke langkawi, tambang ferry rm18. Orang xberapa ramai sebab bukan musim cuti.



Sampai di jeti kuah kami naik taxi rm10 untuk ke HIG hotel. Hotel ni dah booking melalui agoda rm138 satu malam. Suami booking untuk dua hari sebab tak kena tax kalau kita menginap di langkawi selama dua hari.









Apa lagi lepas solat zohor jamaq qasar turun komplex hig start shopping.


Banyak set juga kaknab beli. Jenuh rondah rondeh nk balik esok bila naik feri. Suami buang semua kotak, pinggan, set caserole masuk dalam bag tanpa kotak. Ok la juga. Berat tu berat juga. Harap tak kena cukai


Jalan jalan ke langkawi

Ni kaknab atas komuter menuju ke arau nk pi langkawi. Murah tiket warga emas dari spetani 3.70 saja. 




23 January 2019

Postcard dari cucu

Cucu kaknab tahun ni darjah dua. Hobby dia melukis, menulis. Jadi selalu buat card bagi kat maktok.  Maktok simpan card ni untuk kenangan.




22 January 2019

Bergambar dengan mak

Ni mak kaknab dah 88, Dalam ic born 1933. Sebenarnya mak born 1930. Anak sulung mak umur 71 kalau masih hidup. Nampak muda kan mak kaknab. Gambar ni simpan untuk kenangan.


Teknologi terkini

Jom kita tengok gambar yang di edit. Sebab tu kalau kita tengok gambar yang cantik, muka licin gebu mulus, jangan percaya. Kalau iklan cream cream perawat muka macam ni lah. Muka yang tak licin jadi licin gebu. Memang kena tipu hihihi.



21 January 2019

Berkemas nak balik kampung

Dah siap berkemas nak balik muar. Orang pompuan ni macam2 nak bawa baju yang dalam, yang luar, yang atas kepala anak tudung mak tudung, stocking lagi dua tiga pasang.

Kaknab bawa baju 13 pasang. Kaknab pakai baju dengan seluar panjang tak ada kain. Bawa banyak yang warna hitam. 9 pasang hitam, 1 biru muda, 3 yang kolor chokelat. 

Tudung pun 5 kolor hitam, 2 kolor chokelat satu biru muda. Anak tudung pun 7 helai. Mau tak penuh beg. Telekung pun 3 helai sebab kaknab pakai telekung hari2 tukar.

Kenapa bawa banyak baju, sebab kaknab kaki tukar baju, mandi sehari 5 kali, 5 pasang sehari lah. Tiap kali nak solat kena mandi. 

Nasib baik naik kereta, kalau naik bas jenuh heret beg yang berat. Semoga selamat sampai ke muar.

17 January 2019

Jom kita jahit

Pi jakel beli kain. Dalam masa 3 hari siap 2 pasang. Kaknab pakai baju sepasang dengan seluar.  Pakai seluar naik moto pun senang. Sekarang kaknab buat seluar tak nak jahit pocket dah. Susah nak ambik beg duit ka phone ka yang kaknab masuk dalam pocket, bila nak ambik nak kena selak baju sikit, kita dah lah buntut tong drum. Naik segan pula. So pi mana pun bawa handbag la, beg silang kecik pun cukup nak isi purse dan phone.



Breakfast roti homemade dengan gulai perangat

Pagi ni breakfast roti yang kaknab buat, cecah dengan gulai semalam perangat kering. Dulu dulu gulai tak habis perangat sampai kering makan dengan roti benggali/tawar. Sedap kan.


15 January 2019

Apom lenggang

Hari ni kaknab buat apon lenggang. Ini adalah kuih kegemaran kaknab. Kalau kita buat cukup bahannya mesti sedap. Orang yg meniaga mesti nk untung lebih jadi depa kurang kan bahannya. Nak sedap punya buat sendiri puas makan.
Kaknab buat sikit ja, nk makan 3 orang tu pun rasa banyak dah

1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (knab suka manis, klu xsuka manis kurang kan gula)
1/2 cawan santan pekat
Telur sebiji
1/2 sudu teh yis
Sedikit nasi sejuk)
3/4 cawan air) blend halus kedua ni

Bancuh semua di atas. Kalau agak pekat tambah air.

Perap sejam. Pastu lenggang dalam kuali kecil. Tutup hingga masak. Sedap.



14 January 2019

Roti bun kelapa

Hari ni meroti lagi. Buat roti bun kelapa pula.

250 gm tepung roti
Dua camca cedok penuh ibu roti (5 sukatan air, satu sukatan tepung. Kacau diatas api perlahan hingga masak macam koleh)
1/2 sudu teh bread improver
1/2 susmdu teh bread softener

1 camca susu tepung*
125 air suam*
1 camca teh yis maripan*
2 camca besar gula*
semua yang bertanda * di larutkan hingga berbuih selama 10 minit

2 camca margarine
1 camca besar minyak jagung
Sebiji telur
Kaknab skip garam sbb daisy margarine yg kaknab guna dah masin.

Dengan menggunakan mugen breadmaker, kaknab masukkan semua bahan di atas dan menggunakan bread dough. Selepas satu jam 24 minit dough pun siap.

Kaknab keluarkan tumbuk2 lembut sedikit untuk buang angin, dough sedikit lembut dan melekit, gebukan tangan dengan tepung supaya tidak melekat. Bulatkan sama besar, boh inti kelapa. Sapu kuning telor di atas, kaknab simpan dalam yang belum panas selama setengah jam.

Bila roti dah naik dua kali size, kaknab bakar dengan api atas bawah 180 degree c selama 45 minit. Pastikan roti diletakkan di tengah oven.




13 January 2019

Goreng mee mak

Hari ni kaknab goreng mee style mak kaknab. Kecik kecik memang selalu mak goreng mee untuk sarapan. Tapi mee mak tak ada apa, udang pun tak ada, dulu kan susah selalu goreng mee kosong. Tapi sedap yang amat, cabai giling yang buat mee sedap. Lagi pun kita budak apa orang masak pun sedap.

So pagi ni kaknab giling cabai untuk goreng mee style mak,apa pun tak boh, udang tak ada, pi pasar malam sekor udang pun tak jual. Sedap la wei walaupun tak boh apa, 


Yang penting boh tokua dengan bawang goreng banyak, daun bawang. Rasa macam mee mak.

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG