22 February 2019

Bubur pulut hitam guna microwave.

Pagi ni terajin pula buat bubur pulut hitam. Tetapi nak menunggu sampai masak, lambat. Kaknab pula jenis ralid, kalau rebus kacang kuda alamat hangit la sebab terlupa. Kalau buat bubur pun macam tu juga kerap juga hangit.

Jadi guna microwave oven save, selamat, sebab auto cukup masa dia berhenti sendiri. Kaknab steam mode. Guna highest pun 500w saja selama 8 minit lebih. Bila dah 8 minit stop tengok xberapa kembang tambah lagi 8 minit. 

Angkat keluar boh santan dan gula. Masak lagi 8 minit. Beres. Bubur pulut hitam masak cantik. Kalau nak masak atas dapur sejam lebih baru kembang. Mai dia hangit pung langsung tak boleh makan. Hihihi


21 February 2019

Post opt

Ni ada kat klinik pakar mata hospital spetani. Post opt follow up. Yang mana dah operate sama kaknab hari sabtu hari tu pakat pakai spec hitam kecuali kaknab. Tak payah pakai la sebab tak silau. Macam biasa saja vision tu.

Sebab misi kata pakai spec hitam nanti silau. Padahal misi dan doktor yang suruh pakai pun tak biasa operate mata cataract ganti kanta baru. Depa pun tak tau silau ke dak. Kaknab yang dah dua kali buat kata tak payah pakai spec hitam pun tak silau pun. 

20 February 2019

Gambar boleh tipu

Ni gambar tipu punya. Snap guna face beauty. Jangan terpedaya kalau tengok gambar gebu mulus tak ada lubang lubang jerawat, tak ada kedut maktok ni.


Gambar yang di bawah baru muka original. Dengan lubang parut jerawat, kedut kedut di dahi. Jeragat bagai. 


Bengkang roti

Semalam pi penang, beli roti benggali di kedai malia, dulu ismalia, dah buang is hehe.
Banyak pula kulitnya. Beli 4 biji, sayang pula kulitnya. Nak makan dah tak larat lagi.
Jadi buat la bengkang roti. Dah siap bakar. Resepi main hantam saja. Kulit roti pun xtahu banyak mana, tak sukat pun.

Kulit roti
2 cawan santan
1 cawan susu cair
3/4 gula. Kaknab suka manis
1 cawan tepung
2 camca margarine
Telur dua biji
Secubit garam
Kaknab boh esen vanila sikit sebab kaknab sensitive dengan bau telur ni takut hanyir.

Kulit roti koyak2,kan rendam dengan susu dan santan
Bahan lain masuk ja dlm blender. Blend sampai semua teradun. Campur dengan roti yang kembang tadi. Bakar dengan periuk ajaib. Dah masak bawah terbalikkan bakar atas pula hingga garing lebih kurang 45 minit.


Walaupun mc sebab baru operate mata buang cataract. Buat juga bengkang sayang kulit takut terbuang. Lagi pun tak ada susahnya. Semua main blender ja.

16 February 2019

Pembedahan cataract

Saja nk update tarikh hari ini 16/2/19, kaknab buat operation cataract. Kali ni mata kanan. 2014 mata kiri. 

Kali ni kaknab tak payah admit hospital. Pagi pukul 8 pi dekat daycare mata,  tunggu giliran masuk bilik bedah, lepas terus balik.

Segalanya berjalan dengan lancar. Pembedahan sekejap saja saja, nak tunggu giliran masuk bilik bedah tu yang lambat. 15 orang patient. Kaknab yang nombor dua terakhir.

 Jadi sekarang dua mata kaknab pakai contact lense permanent. 
Dok tunggu giliran


Dah siap operate


15 February 2019

Keladi telur

Ini ialah keladi telur. Pertama kali kaknab masak pengat. Sebenarnya kaknab pun tak biasa tengok  keladi ni. Kebetulan jumpa orang jual kat pasar tani sungai petani. Kaknab beli nak rasa. Memang sedap. Lembut ubinya, rebus pun tak lana.

Pengat keladi

13 February 2019

Swiss garden lumut (sambungan)

Hari kedua di hotel swiss garden lumut, selepas breakfast terus pi pantai untuk mencari remis. Air laut tak berapa surut sampai maximum. Remis tak berapa ada. Tidak putus asa masih mengorek pasir.

Lebih kurang pukul 10.00 air surut banyak. Siput remis pun start ada. Sekali korek pasir 2-3 ekor dapat.  Memang enjoy sangat.

Suami tengok jam pukul 10.45 pagi dah. Nak check out pukul 12.00 tengahari. Alamak lagi nak balik lagi banyak siput pula. Kalau mula korek 2-3 ekor dapat kali ni 4-5 ekor pulak.

Pukul 11.15 berhenti korek. Basuh badan buang pasir yang melekat. Balik bilik kemas beg beg dah nak check out. 

Sekilo lebih remis yang dapat

Melepok atas pasir cari remis


Balik runah terus masak tumis air dengan serai.

11 February 2019

Menginap hotel swiss garden lumut

Semasa post  entry ni kaknab berada di bilik 144 hotel swiss garden lumut. Ini lah kali kedua kaknab di sini. 

Kali pertama anak bawa pada tahun 2012 bulan feb. Kali ni 2019 pun bulan feb juga.
Kaknab booking melalui agoda.com. bilik ni harga asal 700 setelah discount 75% jadi 175 + breakfast + service tax semua sekali rm212. Memang berbaloi.

Masa kaknab datang dulu banyak dapat siput remis bila kaknab korek. Tadi petang cuba korek tak dapat sekor pun. Remis banyak kalau air surut. Tadi air pasang. Nanti esok pagi kaknab akan cuba sekali lagi bila air surut.









Tak pakai kasut sbb blk dari pantai

Tak pakai kasut sbb blk dari pantai


06 February 2019

Buat apom lenggang lagi

Kelmarinn hari selasa buat lagi apom lenggang sebab anak yang balik cuti suka makan. 





Resepinya ada di di sini

http://kaknab-jomjahit.blogspot.com/2019/01/apom-lenggang.html?m=1







04 February 2019

Jalan jalan ke langkawi (sambungan)

3 hari dua malam kaknab dan suami check out dari hotel Hig langkawi. Kami naik grab ke jeti.

Sampai di jeti kuah, kastam check, kami tak kena cukai wpun beli barang yang bernilai rm1400. Suami tunjuk resit belian. Sebab tinggal dua hari bebas cukai, syarat beli barang at least rm1000 seorang memang tak kena cukai. Bukan apa, depa galak kita shopping kat langkawi la tu.

Ferry bertolak pukul 10.30. sampai jetty kuala perlis kami naik grab rm20 menuju ke setesen keretapi  Arau. Naik grab lagi murah dari naik taxi. Habis macam mana, kita pun nak save duit. Mesti la cari yang murah dan selesa. Kereta grab elok dan selesa. Selalunya kereta baru.



buat live di tik tok