ads

22 February 2019

Bubur pulut hitam guna microwave.

Pagi ni terajin pula buat bubur pulut hitam. Tetapi nak menunggu sampai masak, lambat. Kaknab pula jenis ralid, kalau rebus kacang kuda alamat hangit la sebab terlupa. Kalau buat bubur pun macam tu juga kerap juga hangit.

Jadi guna microwave oven save, selamat, sebab auto cukup masa dia berhenti sendiri. Kaknab steam mode. Guna highest pun 500w saja selama 8 minit lebih. Bila dah 8 minit stop tengok xberapa kembang tambah lagi 8 minit. 

Angkat keluar boh santan dan gula. Masak lagi 8 minit. Beres. Bubur pulut hitam masak cantik. Kalau nak masak atas dapur sejam lebih baru kembang. Mai dia hangit pung langsung tak boleh makan. Hihihi


1 comment: