ads

01 May 2019

Review pcb resort kota bahru, kelantan

Kaknab tidur semalam di resort pcb kota bahru. Harga rm148.00 + 2.00 duit untuk majlis perbandaran.

Bilik besar okay tapi nak cerita sikit, bilik tak terurus macam kita mai menumpang tidur free. Kaknab tak rekemen langsung. Jangan la mai tidur di sini. Bilik memamg besar tapi tak bersih buat apa. Sakit mata tengok haha.

Cadar, bantal dan tuala mandi yamg lusuh. Kalau rumah kita pun kita takkan pakai dah macam tu punya lusuh. Bilik habok sana sini. Tengok kipas angin sudah lah.  ini resort tau bukan bagi orang mai menumpang tidur free. Nasib baik booking satu malam saja.

Keliling resort dah lah sampah daun penuh xsapu. Patutlah resort ni orang datang kursus yang banyak. Sayang tempat memang cantik chalet pun banyak tapi kalau yang datang menginap bagi review yang negative memang la orang tak datang. Ini la punca menyebabkan resort ni tak terurus, sebab tak cukup staff nak kerja. 

Tak ramai datang menginap menyebabkan kurang untung, bila kurang untung tak dapat nak menggaji pekerja ramai. Bila tak cukup pekerja, tempat tak terurus. Tak pernah lagi kaknab menginap hotel yang sebegini kotor. 

Dah daftar bagi kunci awak cari la bilik sendiri, dah jumpa bilik tak boleh buka pula. Ingat salah kunci. Pi pula kat reception bagi tau tak boleh buka. Rupanya kena tarik kuat baru boleh masuk kunci. Kita yang baru sampai mana la tau. Masa kak nab nak register pun ada guest mai habaq tak boleh buka pintu. Apa la punya resort. Menyusahkan.

Hotel yang lain yang kaknab pernah tidur so far bersih belaka. 

Dinding tampa tampal entah apa apa. 

Habok kat peti ais

Habok kat bawah tu 

Tandas yang tak bersih
T
Ceiling bilik air yang dah berkopak

No comments:

Post a Comment