24 October 2020

Berat badan naik susah nak turun

 Apabila kita meningkat tua berat badan kita akan naik walaupun kita makan sedikit. Ini kerana metabolism kita menjadi rendah. Walaupun kita makan sedikit akan gemuk juga kerana makanan yang kita makan aka menjadi lemak dan sedikit sahaja akan menjadi tenaga.

Contohnya kaknab sendiri, bukan makan  banyak pun, nasi pun sedikit sahaja tiap kali makan,malah lebih sedikit dari cucu makan. Cucu pun tanya kenapa maktok makan sikit saja.

Dulu berat badan kaknab 55 sahaja. Slim kan. Selepas manopause pada usia 53, badan pelan dok naik sampai lah umur kaknab sekarang ni  nak masuk 65. Berat kaknab tadi timbang 64.3 kgs 🤭🤭🤭.

Dengan badan yang pendek tak sampai pun 5 kaki tentu bmi kaknab overweight 😭😭😭😭

Bukan apa bukan kaknab takut gemuk tu tak cantik, yang kaknab takut bila badan dah gemuk tak sepadan dengan ketinggian kaknab takut sakit lutut sebab badan gemuk dan pendek tak dapat menàmpung lutut. Lama2 lutut akan sakit. Buat masa sekarang ni tak sakit lagi lah. Kena berwaspada dengan menurunkan berat badan

No comments:

Post a Comment

Kaki cramp