28 January 2021

Kenapa umuq oghang pompuan panjang dari lelaki

Baca ni ikut loghat kedah tau.

Jom kita sembang awat umuq oghang pompuan lebih panjang daghi kaum lelaki. Ghata2 ghumah kita dok tengok ghamai yang balu pompuan daghi balu lelaki 😄😄.

Contoh dalam keluaga kaknab sendighi, mak kaknab (umuq 90) adik2 mak iaitu maknjang (88) mak teh (80) mak cik (77) semua suami dah mati.

Tau pasai apa, sebab oghang pompuan lebih banyak exercise atau senaman, celik mata dah start kawat dalam ghumah dengan membuat keghja ghumah. Jalan kaki ni toksah sembang, kalau nk ikut ukuq entah beghapa kilometer saghi dok jalan dalam ghumah. 

Kaknab sendighi pun bejalan depan, belakang, pi  balik, pi balik. Mau tak sehat. Macam kaknab umuq 65 tak dak sakit apa lagi, tak sakit lutut lagi, tak sakit oghat lagi. Pendek kata tak makan ubat lagi buat masa la ni,walau pun penadol (alhamdulillah) rajin check gula dalam darah, tekanan darah. Semua alat nk check ada. Selalu check gula bawa 6. Tekanan darah bawah 125

Kaknab masa besalin anak 5 oghang, tak pantang langsung, semua makan, macam orang tak besalin. Makan macam oghang sehat. Nasib baik tak sakit oghat sana sini walau pun dah 65. Kalau tak mesti oghang kata, tu tak pantang masa beghanak mau tak sakit sana sini. Yang kata tu jenis yang mulut hebiaq la hehe🤭🤭

Oghang lelaki habis pencen dok ghumah dok rehat atas sofa semedang hehe sambil dengaq ceramah agama, (ni laki aku la). Tu pun ada keja juga, rajin bekebun kat belakang rumah. Walau tak dak tanah, tanam dalam pasu, okay juga kan.
 

1 comment:

lagi gambar raya 2024