ads

26 November 2022

pound cake or butter cake

Mai maknab cerita serba sedikit masa maknab belajar buat kek di sekolah menengah tahun 1970-1972

Tak tahu kek ni sekarang nama apa sebenarnya. Resepi kek ni, cara buat maknab belajar dari sekolah lagi. Dulu maknab panggil pound cake. Maknab ambil kelas masakan dan jahitan. Jadi maknab belajar masak dan jahit dari form 1 hingga form 3 saja. form 4 dan form 5 boleh drop kelas masakan kalau mahu. Masa hari raya tahun 1971 iaitu masa maknab tingkatan 2 dah boleh buat kek untuk hari raya. buat sebiji saja. guna oven hitam. bakar pun dalam periuk. kek jadi elok sangat. suka lah tak terkira masa tu. 

Maknab sekolah aliran Inggeris dari tahun 1969 - 1974. Maknab dari sekolah melayu kalau nak masuk sekolah Inggeris kena masuk Kelas Peralihan atau Remove Class setahun. Maknanya tahun 1970 baru maknab masuk kelas form 1 atau tingkatan 1. Kelas masakan dan jahitan hanya diajar masa maknab form 1. Kenapa maknab tak sambung belajar masakan masa form 4. Sebab keluarga maknab orang susah, kalau masuk kelas masak, banyak bahan yang nak kena beli, mahal2 jadi maknab tak mampu. Boleh kalau tak ambil kelas masak. ramai juga kami drop kelas masakan ni. sebab dulu ramai kawan2 maknab yang susah macam maknab.

Masa tingkatan 1 kalau kelas masakan, masak yang simple simple saja. Hujung tahun baru dapat buat kek. Kelas jahitan pula, pelajaran jahit yang diajar, mula2 sekali mesti buat apron untuk dipakai dalam kelas masakan. Kain untuk buat apron kami kena beli, yang lain tak payah, benang, jarum semua diberi percuma. Di kelas masakan, barang- barang basahan saja yang kami kena beli, kalau nak masak. barang2 kering macam tepung, gula, margarine, dll semua di beri percuma. kalau nak masak resepi lauk kami cuma perlu beli ikan ke udang ka. 

Jadi masa hujung tahun dapat lah belajar buat kek atau biskut. Kek yang pertama maknab belajar ialah kek pound atau sekarang orang panggil buttercake, kalau bubuh koko campur jadi marble kek lah. Resepinya maknab ingat hingga sekarang.  Cuma dulu kami guna Ounce dan pound, masa tu belum guna metric system macam grams. Dan dulu mana ada guna mixer kena kacau gula dan margarine dengan sudip kayu. 

kuih cookies yang pertama maknab belajar ialah rock buns. Yang bestnya masa tu memang seronok kalau dapat masak kek atau biscuit atau cookies.
 kalau adunan guna 4 oz kami akan tambah bagi jadi 8 oz sebab kalau lebih mesti dapat banyak cookies. Cikgu pun heran kenapa kami dapat cookies banyak dan lambat nak habis 😁😁😁😁😁😁dua masa yang diberi pun tak boleh habis membakar. Cikgu tanya "hangpa tipu masa timbang apa". Masing masing diam dan tersenyum.

Resepi kek pound masih dalam kepala maknab memang tak lupa, cuma dulu guna ounces sekarang maknab guna grams. 

Ni yang maknab buat hari ni. suami maknab suka makan kek, tapi maknab buat kurang manis sedikit sebab dia ada kencing manis. Jadi kena makan kurang manis. Ok juga kalau kurang manis pun. elok jadinya kek ni. maknab guna tepung gandum saja. tapi kena lah tambah baking powder dan baking soda. Jom tengok resepinya. walaupun banyak kali maknab post dalam blog ni, tapi maknab masih nak bagi juga resepi. 




Pound cake

250 gm butter
150 gm gula halus (maknab guna gula icing)
250 gm tepung gandum
5 biji telor grade AA
esen vanilla. (maknab guna esen durian, esen vanilla dah habis)
1 camca teh penuh baking powder
1/2 camca teh bicarbonate soda
boleh tambah 1 camca besar  susu cair kalau suka. tapi maknab tak bubuh sebab susu cair dah habis. ni optional saja. jadi juga keknya

campurkan butter dan gula, kacau menggunakan mixer hingga creamy dan fluffy. kira bagi kembang la macam tu. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. kacau lagi sampai adunan kembang masukkan esen vanilla. kacau lagi, kemudian masukkan tepung + baking powder dan bicabonate soda sedikit demi sedikit,  kacau hingga adunan kembang dengan elok. masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan butter. bakar dengan api 180c selama sejam. sekian.

No comments:

Post a Comment