18 August 2023

Sifat sifat huruf hijaiyah

Ada 17 sifat kesemuanya

Setiap huruf sekurang-kurangnya mempunyai 5 sifat daripada sifat-sifat yang berlawanan, kadang-kadang ditambah satu/dua sifat daripada bahagian sifat-sifat tunggal. Kadang-kadang satu pun tidak.

Pembahagian Sifat Huruf
Sifat huruf terbagi menjadi dua:

Sifat Lazimah (ﻻﺯﻣﻪ) ialah ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaan, tidak terpisah dari suatu huruf itu sama ada pada keadaan berbaris mahupun mati.

Sifat ini juga dikenali sebagai “sifat yang berlawanan”.
Terdapat 10 sifat yang tergolong dalam kategori ini:

Hams lawannya jahr
Syiddah lawannya rakhawah (pertengahan bagi kedua-dua sifat ini dinamakan tawasut)
Isti’la’ lawannya istifal
Itbaq lawannya infitah
Izlaq lawannya ismat

1.Hams – (همس)

Dari sudut bahasa ia bermaksud sembunyi atau senyap. Hams diistilahkan sebagai suara lemah menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj dan ini menyebabkan terlepas nafas. Kerana itulah huruf-hurufnya dinamakan mahmusah.

Terdapat sepuluh huruf yang bersifat hams dan dihimpunkan dalam lafaz:

فَحَثُّهُ شَخْصٌ سَكَتْ

Huruf-hurufnya:

ف ح ث ه ش خ ص س ك ت

*Terlepas nafas/udara ketika menyebut huruf kerana terbukanya tekak dan tekanan yang lemah pada makhrajnya.

2.Jahar – (جهر)

Dari sudut bahasa ia bermaksud jelas dan terang. Jahr diistilahkan dengan suara kuat menyebut huruf kerana kekuatan berpegang kepada makhraj sehingga menahan dari terlepasnya nafas. Huruf-huruf yang tergolong dalam kumpulan ini dipanggil huruf majhur dan bilanganya ialah selain dari sepuluh huruf-huruf hams.

Bezanya sifat hams dengan sifat jahar ialah huruf hams disebut dengan melepaskan nafas, manakala huruf jahar disebut dengan menahan nafas.

Huruf-hurufnya disusun dalam rangkaikata :

عَظُمَ وَزْنُ قَارِئٍ ذِيْ غَضٍّ جِدٍّ طَلَبَ

*Tertahan nafas/udara ketika menyebut huruf kerana tertutupnya tekak dan tekanan yang kuat pada makhrajnya.

3.Syiddah – (شدة)

Dari sudut bahasa ialah kekuatan. Istilahnya pula al-Qurra menyatakan bahawa kelaziman huruf pada tempatnya kerana kekutan berpegangnya kepada makhraj sehingga menahannya dari terlepas suara.

Terdapat lapan huruf yang bersifat syiddah dan disusun dalam rangkaikata :

اَجِدُ قَطٍَّ بَكَتْ

Huruf-hurufnya:

ﺀ ج د ق ط ب ك ت

*Tertahan suara ketika menyebut huruf kerana tertutup makhrajnya.

4.Tawassut – (توسط)

Tawasut dari segi bahasa bermaksud pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara.

Tawassut bermaksud pertengahan. Ulama Qurra mengistilahkan Tawassut ialah huruf-huruf yang mempunyai perantaraan antara sifat Syiddah dan sifat Rakhawah. Ia bermaksud suara tertahan ketika menyebut hurufnya dan sebahagian suara terlepas kerana itulah ia dinamakan Mutawassat.

Huruf-huruf Tawassut tersusun di dalam rangkaikata:

لِنْ عُمَرَ

Huruf-hurufnya:

ل ن ع م ر

*Menyebut hurufnya dengan sederhana – tidak terlalu tertahan dan tidak terlalu terlepas – kerana makhrajnya tidak tertutup atau terbuka sepenuhnya.

5.Rakhawah – (الرخاوة)

Dari sudut bahasa Rakhawah bermaksud lembut. Dan al-Qurra mengistilahkan Rakhawah ialah lemahnya pegangan huruf pada tempatnya atau makhrajnya sehingga suara keluar bersama sebutan huruf-hurufnya. Justeru huruf-huruf yang keluar suara bersama dengan sebutannya dinamakan huruf-huruf al-Rakhawah.

Rakhawah adalah berlawanan dengan maksud Syiddah dan juga Tawassut. Ia adalah suatu-satunya sifat yang mempunyai dua lawan. Berlainan dengan sifit-sifat lain yang hanya mempunyai satu lawan sahaja.

Huruf-huruf Rakhawah selain dari huruf-huruf Syiddah dan Tawassut.

Dalam rangkaikata:

خُذْ غَثَّ حَظَّ فَّضَّ شُوْصٍ زَيَ سَاهٍ

Huruf-hurufnya:

ث ح خ ﺬ ز س ش ص ض ظ غ ف و ه ي

*Terlepas suara kerana terbuka makhrajnya.

6.Isti’la’ – (الإستــعلاء)

Dari sudut bahasa ialah terangkat. Manakala dari sudut istilah pula ialah lidah terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Di waktu yang sama suara juga akan terangkat atau memenuhi ruangan mulut ketika menyebut hurufnya.

Huruf-huruf isti’la’ ada tujuh, dan dihimpunkan dalam lafaz :

خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ

Huruf-hurufnya:

ص ض ط ظ ق غ خ

*Lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan meninggikan pangkal lidah serta menjatuhkan rahang ke bawah.

7.Istifal – (استفال)

Dari sudut bahasa bermaksud merendah. Ulama Tajwid telah mengistilah Istifal sebagai merendahkan lidah dari lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan sebab itu, suara yang menyebut hurufnya juga akan merendah.

Selain itu perkara yang berlaku juga ialah huruf-huruf al-Istifal disebut dengan tarqiq (tipis).

Bilangan huruf-huruf Istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada huruf-huruf isti’la’.

Dalam rangkaikata:

ثَبَتَ عِزُّ مَنْ يُجَوِّدُ حَرْفَهُ اِنْ سَلَّ شَكَا

*Lidah tidak terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan merendahkan pangkal lidah serta rahang berada di kedudukan biasa.

8.Itbaq – (اطباق)

Itbaq dari sudut bahasa ialah melekat. Dan Ulama Tajwid mendefinasikannya dengan melekat sebahagian lidah ke lelangit atas atau hampir dengan lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Sifat al-Itbaq ini mengandungi Isti’la’ dan lebih dari itu. Ketika menyebut huruf-hurufnya sebahagian lidah melekat ke bahagian lelangit atas. Dan sebagai kesimpulannya boleh dikatakan bahawa setiap huruf al- Itbaq adalah Isti’la’ , tetapi bukan setiap huruf Isti’la’ adalah Itbaq.

Huruf-hurufnya:

ص ض ط ظ

*Himpit tepi lidah ke lelangit lembut ketika menyebut huruf yang menyebabkan suara terhimpit antara kedua-duanya.

9.Infitah – (انفتاح)

Al-Infitah dari sudut bahasa ialah renggang atau terbuka. Ulama Tajwid telah memberi takrif dari sudut istilah Infitah ialah terdapat renggangan antara lidah dengan lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan itu suara tidak dapat ditahan antara lidah dengan lelangit atas kerana keterbukaan rongga.

Justeru, huruf-hurufnya dinamakan munfatah. Bilangan huruf-hurufnya ialah 25 huruf atau selain daripada 4 huruf-huruf Itbaq.

Dalam rangkaikata:

مَنْ اَخَذَ وَجَدَ سَعَةً فَزَكَا حَقٌّ لَهُ شُرْبُ غَيْثٍ

*Merenggang tepi lidah dari lelangit lembut ketika menyebut huruf dan melepaskan suara dengan lapang dan terbuka.

10.Izlaq – (اذلاق)

Izlaq menurut bahasa ialah ialah tergelincir atau terlepas. Secara terperincinya ialah menyebut hurufnya dengan mudah dan lancar. Disebabkan sebahagiannya keluar daripada hujung lidah dan sebahagian lagi keluar daripada dua bibir mulut, maka ia dapat disebut dengan cepat dan lancar.

Rangkaikata huruf-huruf Zalaqah ialah:

فَرَّ مِنْ لُبٍّ

Huruf-hurufnya:

ف ر م ن ل ب

*Lancar sebutan kerana makhraj hurufnya keluar daripada pinggir lidah atau bibir.

11.Ismat – (اصمات)

Ismat dari sudut bahasa ialah menahan. Manakala dari sudut istilah pula ia adalah menegah hurufnya tersusun dalam percakapan arab dalam kalimah yang mempunyai empat huruf atau lima huruf kerana lidah berat menyebutnya.

Justeru kalimah tersebut mestilah terdapat huruf al-Izlaq bagi mengimbangi antara berat dan ringan. Bilangan huruf-hurufnya ialah 23 huruf dan dinamakan huruf-huruf Musmatah.

Dalam rangkaikata:

جَزُّ غِشَّ سَاخِطٍ صَدَّ ثِقَةٍ اِذْ وَعَظَهُ يَحُضُّكَ

*Tersekat sebutan kerana makhraj hurufnya jauh dari pinggir lidah atau bibir.

Sifat ‘Aridhah; (ﻋﺎﺭﻀﻪ) ialah ciri mendatang yang berubah-ubah bagi suatu huruf yang adakalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti: tarqiq (nipis), tafkhim (tebal), ghunnah, idgham, atau ikhfa’, panjang atau pendek dan sebagainya.

Sifat ini juga dikenali sebagai “sifat yang tidak berlawanan, sifat tunggal”.
Terdapat 7 sifat yang tergolong dalam kategori ini:
1.Safir – (صفير) – Siulan.

Safir ialah suara yang menyerupai suara unggas atau haiwan kerana menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir dan kuat dari antara dua bibir mulut.

Hurufnya ada tiga, iaitu (ص), (ز), dan (س).

Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya. Perbezaan sifat safir dengan hams adalah desiran nafas yang lebih kuat berbanding dengan hams yang sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.

Semasa menyebut “ص” Kedengarannya seperti suara angsa.
Semasa menyebut “ز” Kedengarannya seperti suara lebah.
Semasa menyebut “س” Kedengarannya seperti suara belalang.

2.Qalqalah – (ﻗﻠﻘﻠﻪ) – Pantulan

Qalqalah ialah bunyi lantunan suara kerana gegaran yang kuat semasa menyebut hurufnya dan dilepaskan dalam masa yang singkat.

Terdapat lima huruf qalqalah, iaitu (ق) (طْ) (ب) (ج) (د); dan dihimpunkan dalam lafaz :

قُطْبُ جَدٍّ

3.Lin – (ﻟﻴﻦ) – Lembut

Lin bermaksud lembut; disebut dengan lembut dan mudah.

Hurufnya ada dua, iaitu (و) dan (ي). Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan di sebelumnya ada huruf berbaris atas.

Contohnya (و) dalam kalimah khawf (خَوْف) dan (ي) dalam kalimah bayt (بَيْت).

4.Inhiraf – (ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ) – Lencungan

Inhiraf bermaksud condong atau lentur. Huruf yang pengucapannya lentur setelah keluar dari hujung lidah.

Hurufnya ada 2, (ل) dan (ر )

(ر) lentur bagian belakang lidah dan Lam (ل) lentur bagian permukaan lidah.

5.Takrir – (ﺗﻜﺮﻳﺮ) – Getaran

Takrir bermaksud berulang. Hurufnya satu saja, iaitu (ر). Dinamakan takrir kerana bunyi unik ra’ yang bergetar secara berulang. Walau bagaimanapun, getaran yang dibenarkan adalah sekali sahaja, lebih-lebih lagi pada keadaan sabdu.

6.Tafasyi – (ﺗﻔﺸﻰ) – Hamburan

Tafasyi bermaksud tersebar atau berhamburan. Hurufnya satu sahaja, iaitu syin (ش). Dinamakan tafasyi kerana bunyi unik syin yang tersebar dan berhamburan di kawasan hujung lidah.

7.Istitolah – (ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ) – Memanjang

Istitalah bermaksud memanjang. Hurufnya satu sahaja, iaitu (ض). Dinamakan istitalah kerana makhraj (ض) yang memanjang di sebelah kiri atau kanan lidah.





16 August 2023

Resepi pai tee

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Sebiji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk.
  2. Panaskan minyak. C
  3. Celup acuan dalam adunan.
Intinya

Bahan-bahan inti:

  • Timun
  • Sengkuang
  • Carrot – disagat / hiris halus
  • Tauge
  • Isi udang
  • Bawang putih & bawang merah – tumbuk
  • Minyak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang. Masukkan isi udang.
  2. Masukkan pula sayur-sayuran. Gaul dan masak sekejap saja.
  3. Perasakan dengan garam, gaul rata.
  4. Siap!

02 August 2023

Udang kering

12 kg udang fresh untuk mendapatkan satu kilo udang kering. Bila proses mengering udang, buang kulit semua baru dapat sekilo udang kering. Jadi klu nak buat, sekurangnya boleh dapat harga sekilo udang fresh rm5.00  barulah berbalui buat udang kering. Dengan masa dia nk menjemur, nak buang kulit. Jadi kalau sekilo udang kering rm80-90 jangan kata mahal. Memang berbalui. Maknab dah buat.

1.5 kgs udang fresh bila dah kering dapat 130 grams udang siap diproses. So boli lagi sonang.🤣🤣🤣🤣🤣
Ni la yang dapat
Dari 1.5 kgs udang.
sekali maknab order dekat lazada sekali dengan post baru rm76.64 elok pula tu. tak penat buat. boli lagi sonang.

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG