Hari ini selepas zohor akan ada khutbah arafah, masing2 maktab, masing2 ustaz akan membaca khutbah arafah. khutbah berkumndang, tak tahu nak dengar yang mana satu, apa pun kami semua mendengar dengan khusuk, tapi ustaz kami, ustaz nasir, dari maktab 95 membaca khutbah dengan penuh insaf sambil menangis, tanda taubat dan minta ampun yang maha esa, kami pun turut menghayati khutbah beliau, bermula lah wukuf di arafah. setelah tamat bacaan khutbah, kita juga disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa, tahlil, tasbih, takbir dan berdoa kepada Allah SWT memohon kesajahteraan hidup di dunia dan akhirat. Adik kaknab menghantar message dari msia, dia tanya, "hampa dengaq khutbah dari jamil baharum ke". Dalam radio ada rakaman life jamil baharum sedang berkhutbah, tak ada pun. rupa2nya, jamil baharum memang baca khutbah, tapi dia baca untuk jemaah pakej iaitu maktab 100 di mina, huhuhu, patut lah, tak dengaq sebab maktab 100 jauh sikit dari kami maktab 95.
Arahan dari maktab kami menyuruh kami semua bersedia, mengemas beg2 masing, kerana akan berangkat ke mudzalifah pada pukul 5.30 petang. sampai masanya kami semua beratur menunggu di dalam pagar mengikut no. bas. kaknab akan naik bas no. 1. bas yang pertama lagi yang akan menuju ke mudzalifah. penuh saja, bas terus bergerak menuju ke mudzalifah, dari arafah ke mudzalifah tidak lah jauh pun, tapi kerana jalan sesak, mengambil masa 1 jam juga sampai di sana. 6,30 sampai di mudzalifah merupakan padang yang luas saja, tanpa apa2 khemah. kami cuma menghampar tikar masing2 dan berehat di situ, solat bila sampai waktu solat fardzu. Oleh kerana bas kami yang pertama sampai, keadaan tak begitu sesak, nak bilik air pun senang, tak payah beratur sebab ramai yang belum sampai lagi.
Di mudzalifah, kami semua boleh mengutip anak2 batu, untuk melontar di jamrah. kerana keadaa tidak begitu gelap, terang benderang, tidak perlu menggunakan torchlight, wpun memang bawa. masing2 dengan uncang kecil, memang mudah mengutip batu, kerana di sini banyak.
menjelang malam banyak bas yg dah sampai, keadaan menjadi penuh sesak, ya Allah ramainya manusia di padang mudzalifah, apabila keadaan ramai dan sesak, maka ada yang hilang suami, isteri, kawan, sebab bila ke bilik air, nak balik semula, tidak cam jalan, sebab padang sahaja, dengan manusia, bertaburan, sekejap2 pembesar melaung, nama orang itu, sekejap nama orang ini, geli hati pun ada, orang tabung haji, asyik melaung, diminta si polan bin sipolan datang ke tempat sekian2 kerana isteri sedang menunggu,
Apabila tepat pukul 11.35 malam kami pun menaiki bas semula menuju ke mina, tamat lah sudah mabit di mudzalifah, kini menuju ke mina untuk mabit pula.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment