06 December 2012

hari perrtama di mekah - 13/10/12

Kami jemaah KT 87 bertolak dari penang 12/10/12 pada pukul 12.00 tengahari waktu malaysia, sampai ke jedah pukul 3 petang. sampai di jedah, rehat dulu, tunggu bas untuk membawa kami ke hotel mekah. Kami sempat sembahyang maghrib dan isya kat airpot jedah, Tiba masa menaiki bas, kaknab dan group kaknab naik bas no. 7. paspot kami di ambil, oleh orang muasasah, setelah beg2 di angkat ke atas bumbung, bas kami pun bertolak dalam pukul 9 malam. lebih kurang pukul 12.30 kami pun sampai di hotel penginapan di mekah iaitu hotel Al Olayan.

Bagasi kami di bawa ke bilik berperringkat2, kaknab dengan 5 orang satu group ditempat kan di bilik 1133 di tingkat 11. dengan keletihan kami semua tidor lena, esok pagi 13/10/12, selepas solat subuh di bilik masing2 kami di minta berhimpun di lobby hotel  pada pukul 6.30 pagi  untuk pergi ke mesjidil haram untuk melakukan umrah bagi yang buat haji tamatuk dan tawaf qudum bagi yang buat haji ifrad.Oleh kerana baru saja sampai  dan tidak tahu, selok belok mesjid kami akan dibawa oleh mutawif. tapi tunggu punya tunggu hingga pukul 7.25 tak sampai2 mutawif, orag yang menunggu lama masing2 pergi sendiri ke mesjid,. kaknab pun pegang tangan mak kaknab ikut sekali dengan depa yang biasa datang ke mekah sebelum ini. banyak yang muda2 tenntu jalan agak cepat, mak kaknab yang tua sudah tentu jalan perlahan2 tiba2 kaknab tertinggal dengan mak saja, dibelakang apabila sampai ke perkarangan mesjid, semua kawan2 dan orang yang bersama2 sudah hilang, kaknab yang tak biasa ke sana, tawakal menuju ke pintu abdul aziz pintu pertama. terus masuk ke dalam mesjid, dan sampai ke kaabah,

Pertama kali ke sini, mungkin kaknab dan emak boleh buat tawaf 7 pusingan tapi nak ke tempat saie, nak p kut mana pula? dalam dok tanya dalam hati, tiba2 datang seorang budak arab dengan kerusi roda, tanya kalau2 mau menggunakan servisnya, kaknab tanyak mak, nak jalan ke nak naik kerus roda, lalu mak kaknab setuju, tanya berapa upahnya, dia kata 300 riyal, tapi kaknab kata, jangan laju sangat, sebab kaknab nak ikut sama, dia pun setuju, macam ayam cakap dengan itik, bahasa inggeris pun dia tak paham, bahasa arab kaknab tak paham, lalu, dia pun tolak mak kaknab 7 pusingan, kemudian dia bawa ke tempat saie, safa dan marwah, lega lah sikit, sekurang2 kaknab dah tahu, setelah selesai tahalul dan bergunting, selesailah, umrah kaknab dan mak kaknab. setelah bayar upahnya. kami pun berehat dulu dalam mesjid, mak kaknab rasa nak buang air, kat mana pula nak cari toilet ni, jadi kaknab jalan jumpa saja polis ke pekerja ke tanya kat mana toilet, rupanya toilet diluar mesjid, jenuh juga nak mencarinya, tambah pula kita yang baru sampai, macam rusa masuk kampung lah jadinya, tapi polis dan pekerja mesjid memang suka orang malaysia, memanjang depa kata malaysia good. Akhirnya jumpa toilet, bawah tanah, dengan escalator, lepas tu cari jalan keluar mesjid untuk menuju ke hotel Olayan. kaknab cam jalannya, sampai terus ke hotel alhamdulillah. tak sesat, sebab hotel kami tak jauh dari mesjid.

perjalanan dari hotel menuju ke mesjid

600 meter dari hotel ke mesjid

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok