07 December 2012

Kemuncak haji bermula - WUKUF DI ARAFAH - 24/10/12 bersamaan 8 dzulhijjah

Hari ini, merupakan kemuncak haji, kami akan berangkat  ke Arafah, Mudzalifah dan Mina. Hari yang memang ditunggu2. Mula2 kami diminta turun ke loby pukul 1 tengahari untuk menaiki bas. tiba2 pukul 10.30 pembesar suara mengumumkan  semua jemaah KT 87 diminta turun ke loby bas sudah sampai. Keadaan mula kelamkabut, kebetulan air pula tidak ada hari tu, ramai yang tidak dapat mandi sunat ihram. mula2 suruh turun pukul 1.00 tengahari, tiba2 tukar pula pukul 11 pagi, kaknab, emak dan kak sal kawan sebilik, memang siap ready awal, kami pun turun ke loby, kami diberi pas bas no. 1, bas yang pertama bertolak ke arafah. tepat pukul 11.30, Jalan jam sana sini, kerana semua jemaah dari seluruh negara menuju ke satu destinasi, iaitu Arafah, tepat pukul 1.30 tengahari, kami pun sampai di khemah. Kami akan bermalam di Arafah dan akan wukuf pada keesokan hari selepas zohor hingga gelincir matahari. Disini kami banyak berzikir dan berdoa sebanyak mungkin, doa di Arafah memang paling mustajab.

Kaknab memang dah siap satu buku tertulis doa2 dengan doa yang anak saudara kirim, kawan2 kirim. tapi semua doa dalam bahasa melayu saja, senang kita nak paham. Doa2 ni kaknab memang dah hafal pun sebab dok baca berulang kali dari kaabah lagi hingga ke arafah, mau tak masuk dalam kepala semua. setiap kali solat fardzu di mesjidil haram tak lupa berdoa, sembahyang sunat tawaf pun doa, berdiri depan kaabah saja pun berdoa, pendek kata setiap kali mulut basah dengan doa dan mohon ampun dari Allah. semoga semua doa kita dikabulkan.


baru sampai ke khemah





kita tak boleh jadi macam mereka, tak kisah tanpa khemah janji wukuf

semangat yang kental, hanya berbumbung langit dan berlantai bukit
beratur di bilik air perkara biasa di arafah

ni kawan kaknab ani yang bekerja di motorola. wpun tak sama
line, kaknab line hybrid. ani line back end. kami masih boleh kenal
wpun lama tak jumpa berpuluh tahun. masa muda ani ni memang
cantik.
,

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok