Bas kami sampai di Mina pukul 12.05 pagi. kami pun berehat di khemah yang disediakan. bercarpet, tapi kena juga hampar tikar orange (sponsored by TM) untuk tidur. satu. tiap2 satu khemah ditempat 16 orang jemaah, bayagkan, macamana kami tidur, berkerekot semua, tak kisah semua tu, masih bersyukur kerana ada carpet dan tikar, ada yang datang cuma tidur di atas tanah. itu jemaah dari negara lain. wpun sesak dan tak sempurna, kami masih boleh tidur dengan nyenyak, kerana keletihan, esok 26/10 bersamaan 10 dzulhijjah, kami akan melontar jamrah kubra iaitu wajib haji.
Selepas solat maghrib jama' tamam kami pun berkumpul di luar khemah, untuk dibawa oleh mutawif menuju ke jamrah kubra. mutawif jalan laju, macam lah dia nak pi melontar sorang, bukan nak tunjuk jalan kepada kami, sehingga kami hilang arah, tau tau hilang, sampai satu simpang nasib baik ada wakil dari tabung haji yang memegang bendera, menunjuk arah lurus untuk ke jamrah, kami pun mengikut kumpulan orang ramai, bendera maktab kami dah ghaib. pandai pandai lah kami jalan sendiri. Alhamdulillah, sampai juga di jamrah dan dapat melontar dengan sempurna, wpun orang penuh sesak masih ada ruang dan dapat melontar di hadapan sekali. emak kaknab dalam keletihan, kerana berjalan 6 km. Nasib baik ada seorang jemaah dari Indonesia yang membawa kerusi roda kosong, untuk menjemput kawannya yang sakit, jemah Indon itu dengan rela menolak mak kaknab separuh jalan.
Kebetulan pula ada sorang kakak, yang tersesat jalan, dari maktab 93, dia tersesat jalan dari pukul 3 petang, masa keluar melontar oleh maktab 93. entah berapa kali pusing akhirnya, terjumpa kami, dia pun join sekali. macam tu lah, petunjuk arah, jalan macam merentas desa, mau tak hilang dalam orang ramai. Apabila hampir sampai ke jamrah kubra, kami join dengan kumpulan jemaah pakej dari TM, kita tak pernah pergi sebelum ni, memang blur blur, wakil TM siap beri tunjuk ajar dekat jemaah mereka, Lega at least tak lah mengong mengong hehehe
|
sesak pun masih boleh tidur dgn nyenyak |
|
tandas belah sana perempuan, belah sini lelaki, beratur 2 jam untuk masuk |
|
tempat ambil wuduk jemaah lelaki |
|
berehat sebelum pergi melontar jamrah kubra |
|
dibelakang ialah jamrah kubra |
|
kakak yang tersesat memakai tudung kuning, rasuna dan mak kaknab |
Melontar di jamrah selama 3 hari tidak menghadapi masaalah langsung, walaupun ramai orang dan penuh sesak dari asia. Kami melalui terowong baru yang baru resmi pembukaannya tahun ini, terowong yang luas boleh menampung ramai jemaah berjalan kaki, jadi tidak begitu ketat, orang ramai berjalan arus dari pagi hingga ke malam. pendekata tak pernah sunyi selama 3 hari waktu melantor. emak kaknab tidak dapat pergi hanyak melontar pada 10 dzulhijjah, iaitu hari tashrik, ketiga2 jamrah dia wakilkan kaknab untuk melontar bagi pihaknya. ketika berjalan menuju ke jamrah, alunan takbir bergema dari jemaah indonesia, malaysia dan singapura. mendayu2 amboi sedap didengar, terasa menyusuk kalbu, teringatkan hari raya kurban di kampung. tetapi takbir dari jemaah negara lain, seperti uzbakistan, bangla desh, pakistan semua tak begitu sedap kalau dibandingkan dengan alunan takbir kita.
|
jamrah 5 tingkat |
|
dalam terowong, kelihatan lampu dengan terang |
No comments:
Post a Comment