Hari ini pukul 1.30 pagi, Kaknab dengan kawan kaknab Rasuna Said nak pi buat umrah sunat, dah niat kat miqat Udaibiah, masa ziarah pagi tadi. memang tunggu pagi nak p tawaf orang tak berapa sesak sangat, dekat lift ada jemaah dari maktab kami yang baru balikdari mesjidil haram bawa sorang mak cik namanya aminah binti husain dari penang, yang terpisah dengan kawan2nya, Dia tak tau pun dia dok hotel mana, siannya. lencana yang dia pakai cuma ada tertulis, Citra travel, dan nama contact person, no. bas saja, hotel apa pun tak ada, Makcik tu dok kata hotel yang kami duduk tu lah maktab depa, siap bagi no,. bilik pula, nasib baik kat lencana ada no,. telefon, kami pun call dan minta orang dari Citra travel mai ambik mak cik tu kat lobby, kami pesan kat mak cik tu jangan p mana, tunggu sampai orang depa mai ambik dia, sebab kami pun nak ke kaabah nak buat umrah sunat. Lepas tu kami pun tak tau apa jadi kat mak cik tu, orang depa mai ambik ke tak, wallahualam. Tapi masa balik dari kaabah tak jumpa lagi mak cik tu kat lobby, mungkin orang dah datang jemput dia.
jumpa lagi orang malaysia yang sesat yang terpisah dengan kawan
Lepas selesai buat tawaf lebih kurang pukul 3 pagi macam tu, on the way nak p ke tempat saie, jumpa lagi mak cik sesat dari malaysia juga, dari pakej swasta juga, kali ni TM Travel, mak cik tu dok dengan group jemaah indonesia, sian dia muka pucat tangan sejuk, takut sangat, menurut jemaah indonesia, mak cik sesat dari siang lagi, sampai pukul 3 pagi masih tak tau nak pi mana, kat lencana pun tak tulis nama Hotel ke apa ke, cuma ada contact person juga. Oleh kerana kami nak pi Saie, kami tinggal mak cik tu kat mesjid dekat dengan pancor emas, kebetulan ada couple dari tabung haji, malaysia, pesan kat couple tu, tolong jaga mak cik ni nanti lepas saie, kami mai ambik dia.
Kami pun teruskan ke tempat saie, selesai saie, dan solat subuh,ingat nak pi tengok mak cik yang kami tinggal dengan couple malaysia, tu, kami pun dah tak cam pula kat mana kami tinggal dia, orang pula penuh sesak kerana baru habis solat subuh ramailah orang buat tawaf sunat, lagi pun kami pun masih baru kat mekah cuma pandai sikit je dari mak cik tu hehehe. Harap2 couple tu dapat lah contact pakej swasta TM travel, yang bawa mak cik dari malaysia tu.
kesimpulannya, datang lah menunaikan haji masa umur masih muda dan kuat, minda pun terbuka luas, kalau sesat pun tau cari jalan untuk pulang ke hotel penginapan, kalau macam 2 orang mak cik di atas, nama hotel pun tak tau, blur blur nak p mana pun tak tau, manusia berjuta, Kalau tak jumpa rakyat malaysia mau kecut perut dibuatnya.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...
No comments:
Post a Comment