Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana kaknab sudah pun kembali ke tanah air pada 26/11/12 dengan selamat dan sihat walafiat, cuma ibu kaknab masih ada batuk2 sikit. batuk kaknab dah hilang. ramai juga yang bawa pulang sakit batuk tu, kata doktor balik malaysia baru baik. Berbagai2 pengalaman yang manis2 semasa berada di tanah suci, nanti kaknab akan cerita satu persatu, maklumlah, semua peristiwa tak ada record kat mana2 cuma ingat2 saja, mana yang ingat masukkan dulu dalam blog, mana yang lupa tak dapat lah nak cerita kan. Keseluruhan kerja2 Haji berjalan lancar dan tidak ada masaalah, kerana tiap2 kali solat kaknab minta doa. Robbiyassir, wala tu'assir, robbi atmibilghoir. ya Allah, permudahkan segala urusan, memang mujarab doa ni.
PENGINAPAN SEMASA 38 HARI DI MEKAH
Terima kasih kepada Tabung Haji, melalui pekej yang termurah, iaitu pakeg muasassah, kata orang mahasusah, tetapi tidak sebenarnya, segalanya berjalan lancar, sekelian pujian kepada Tabung Haji yang dapat memberi khidmat yang cemerlang, wpun ada sikit2 yang kurang memuaskan, namun dapat menutup yang terbaik keseluruhannya. Yang paling best kami semua KT 87 Maktab 95 ditempatkan Hotel Al Olayan, hotel yang paling dekat untuk jemaah tabung haji, kira2 600 meter saja dari mesjidil haram, bahkan boleh balik buang air di hotel, pergi semula ke mesjid, dekatkan.
|
al olayan |
|
hotel di mekah |
|
depan hotel al olayan |
|
pintu masuk hotel |
|
lift hotel
|
|
INI LAH BILIK KAMI |
|
INI IALAH CAFE, SARAPAN PAGI DIJUAL DI SINI |
No comments:
Post a Comment