14 December 2012

masak lemak putih terung

Salah satu menu hari ini ialah masak lemak putih terung. Masakan ni kaknab punya favourite, nak masak pun paling mudah, orang malas dan tak pandai masak pun boleh buat. kaknab kalau masak ni, kaknab bagi terung betul2 empuk atau lenyaq kata orag penang, baru lah ummmmph.



terung 2 biji (belah dua dan potong anggaran 1 atau 1 1/2 inci. rendam dengan air sekejap)
1 labu bawang besar (potong bulat)
2 biji cabai merah, belah 2
santan rm2
segengam udang kering atau udang hidup
garam
1/2 camca teh serbuk lada

didihkan santan bersama cabai, bawang, udang kering, garam dan serbuk lada.
Bila mendidih, masukkan terung, masak hingga terung layu dan empok, kacau selalu supaya
tidak berketul kuahnya. angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok