11 December 2012

Satu agama berlainan bangsa

Jika kita mengerjakan haji diMekah, kita berpeluang bertemu, berbagai bangsa dari seluruh dunia, hanya musim haji saja kita berpeluang menyaksikan panorama begini. kaknab memang suka sekali, berkenalan dengan jemaah dari berbagai negara, kaknab, kalau boleh berbahasa Inggeris  lagi mudah, tapi kebanyakannya tak tahu berbahasa Inggeris, Yang pandai speaking ialah Nigeria, Pakistan,  India, Yang lain, macam itik dengan ayam, tapi dari turki lagi lawak, dia cakap bahasia dia bukan main laju lagi, macam lah kaknab paham, entah dia kata apa kita angguk saja dan senyum,

Dari Nigeria, perempuan tinggi2 besar, pakai tudung labuh sampai ke lutut, baju kolor terang2 dari jauh dah nampak, senang kenal depa ni, mesti ada 1 gigi emas, kaknab tanyak kenapa semua ada gigi emas, ini menunjukkan depa sudah menunaikan haji, macam pengenalan Haji dan Hajjah lah tu. Gigi mas ni mereka buat kat madinah,walaupun banyak kali dah naik haji, gigi emas hanya satu saja.macam lawakkan, tapi ini adal identiti mereka,Lagi senang nak kenal yang dah naik haji, lagi satu kami tanya kenapa ada tanda garis di pipi setengah orang nigeria, mereka kata ini bagi memudahkan depa mengenali kaum mereka, ada yang 2 garis, ada yang 3 garis, ada yang 4 garis.Apabila bayi berumur7 hari, mereka mula menoreh pipi bayi itu, supaya boleh meninggalkan parut kekal.siannya bayi itu.tapi mereka sendiri tidak tahu kenapa mesti buat parut itu.

PerempuanTurki ada yang buat tatu 4 titik di dahi, ada yang buat tatu ditangan.Senang boleh kenal mereka, mereka hanya memakai jubah kelabu kosong,kemas dan bersih, badan mereka pun besar2 lebih lagi punggung mereka, kadang2tempat sempit mereka main duduk saja, kita ingat datang awal kemesjid, dapat tempat selesa, tiba2 datang perempuan turki, main henyak punggung sebelah kita, mula sempit, nak duduk antara dua sujuk pun susah, yang duduk depan kita,nak sujud pun tak boleh.

Oleh kerana berlain mazhab macam2 cara diia orang solat, ada yang kuit kuit jari dengan laju semasa bacaan tahyat, ada yang duduk timpuh, masa nak sujud, ada duduk antara sujud tinggi dari orang lain.Yang best sekali, kebanyakan mereka, kaki boleh nampak ketika solat, tak payah pakai setokin, dari pakistan, india, bangladesh, africa semua mesti tutup kaki mereka dengan inai, ada yang merah, ada yang hitam.Boleh kenal jemaah dari malaysia,, singapura, berunai, thailand,semua bertelekung, dan bersetokin.Tapi jemaah Indonesia  ada yang bertelekung, ada yang berpakaian pendek, kadangkadang jarang pula pakaian mereka, hingga boleh nampak panties apabila mereka ruku' Senang mengenali indonesia,kerana mereka akan memakai selendang mengikut daerah mana mereka datang.

jemaah dari malaysia

jemaah dari indonesia

tudung kuning jemaah dari nigeria


dari indonesia  lagi, lain daerah pula ni

dari pakistan
yang pakai jubah kelabu tu dari Turki
begini  saja pakian semasa solat, nampak kaki tak apa, tak aurat
dari mesir

No comments:

Post a Comment

buat live di tik tok