ads

26 November 2010

DAH SIAP UNTUK BEKERJA



kaknab dah pun make up make up untuk memulakan kerja hari ini. kaknab kena siap lawa2 juga untuk bekerja. kaknab kerja apa? sudah tentu lah surirumahtangga, surirumah pun kenalah siap cantik2 wpun didapur, itu pun kerja juga kan, kadang2 kaknab tanya sesorang, kerje ke, dia cakap xkerja dok rumah je. surirumah tu kerjalah kan. macam pergi kerja kat pejabat2 kita make up2 lawa, kat rumah pun sama juga, inilah pejabat kita. kalau membasuh, mengemas, memasak pun kena lawa juga hehehehe. kalau teringin pakai kasut tinggi, kat dapur masa masak pakailah kasut tinggi, biar elegen. Ini tidak mentang mentang dok rumah memasak, pakai Tshirt kain batik. katanya xkisah kat rumah sapa nak tengok. salah tu, biar sentiasa bersolek nampak lah sofistikated sikit hehehe. Sebenarnya bekerja sebagai surirumah adalah satu kelayakan yang paling tinggi. okay mulai hari ni kalau orang tanya kerja x, jawab kerja sebagai surirumahtangga.

1 comment:

  1. Betul tu kak Nab, kat rumah kena bersolek cantik2 danberwangi2an. Jgn bau bawang, belacan jer....

    ReplyDelete