ads

05 March 2012

resepi sambal kelapa

Hari ni Kaknab masak nasi minyak, gulai ayam dengan kentang, jelantah dan sambal nyoq.

kita tengok satu satu resepinya. mula mula sekali sambai nyoq atau sambal kelapa.  sambai nyoq ialah salah satu additional menu untuk makan dengan nasi minyak. sambai nyoq ni belah utara saja, kalau kita p makan nasi kandaq memang tak miss sambai ni, tapi kena p awai sikit, selalunya kedai nasi kandaq buat sikit saja. sapa mai lambat alamat tak dapat lah. sebab selalunya depa buat sambai ni tak masak jadi tak tahan lama. dalam masa 2 jam boleh makan lagi kalau lebih sikit dia nak basi lah. tapi kaknab punya resepi, boleh tahan sampai malam sebab kaknab lepas blender semua kaknab masak dengan api perlahan sampai dia kering supaya nyoq dan bahan2 dalam sambal ni masak elok, makan pun perut tak kembung hehehe.

sambal kelapa (nyoq)

1 biji kelapa parut
6 biji cili merah(kalau nak pedas lagi boleh tambah cili api)
garam secukupnya
3-4 camba besar air asam jawa yang pekat.

mula2 blend semua kecuali kelapa, biar semua halus baru masukkan kelapa. sebab kaknab nak masak di atas api dulu, so kaknab bubuh air lebih sikit supaya senang blend. kalau tak mau masak boleh lah blend menggunakan blender kering. mesin semua sebati hingga kelapa halus.  kemudian cedok masukkan dalam kuali supaya senang kacau, kacau dengan api yang perlahan hingga betul2 kering dan boleh di kepal. siap boleh dihidang, rasanya lemak2 masam masin memang sedap.

No comments:

Post a Comment