24 June 2014

KHASIAT PISANG



Pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa dua biji pisang mempunyai tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit menjadikan amat sesuai dalam pemakanan seharian.




















Penyakit kulit.

untuk menghilangkan pelbagai masaalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah,

AWAS: Walauppun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis, ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).

Selalulah makan pisang.

No comments:

Post a Comment

lagi gambar raya 2024