ads

29 May 2014

multicoated, multifocal specs

Bila usia meningkat emas mata otomatic kelabu. Itu semestinya, tak boleh dielakkan.
Umur kaknab 40 dah mula pakai specs, masa tu tahun 1996. Cepatnya kaknab rabun dekat, mungkin selalu dok renung computer, masa tu office dah full computerised, in fact office kami dah ada email tahun 1990. Tapi email antara office office principal kami seluruh dunia. Kaknab kerja dengan Shipping company. Dok renung juga bills yang yang figures kecik kecik konit, especially, kalau bills invoice dari syarikat kontena nasional.

Kaknab tak mewarisi emak kaknab langsung, umur dia dah 83 tapi masih boleh mengaji quran tanpa pakai cermin mata. Terang matanya, selaput catact pun tak ada. Masa mula2 nak buat specs, umur kaknab 40 tahun, doktor tu cakap 'jaga kakak punya mata, ada potensi boleh dapat cataract bila tua, memang benar pun, kini umur kaknab 58 dah ada cataract sebelah kiri, dah masak ranum, bulan june ada appointment dengan pakar mata mungkin boleh operate ganti kanta. Harap2 begitulah, sekarang mata kiri memang kelabu teruk oleh selaput.

Baru2 ni buat spec baru, sebab bila pakai spec lama kalau tengok jauh tak nampak terang, buka specs boleh terang pula. Bila dah test rupanya power jauh kaknab turun. Tahun sudah dari 150 turun 125, ni yang terbaru dari 125 turun 75. Eh, betul ke, ada ka power boleh turun, yang power dekat tak ubah dok banyak tu juga 250. Bila dah siap memang cun cun tengok jauh, baru terang. Selalu kaknab buat specs yang multufocal saja, kali ni multifocal dan multicoated.

Apa tu multifocal, iaitu 3 dalam satu, dekat untuk membaca, jauh sikit macam nak tengok computer, dan jauh sekali. Apa pula multicoated, iaitu lens yang no reflection atau balikkan cahaya. Kalau kita ambik gambar pun boleh nampak mata kita dengan terang.

Berapa pula kosnya, kedai apek yang kaknab buat ni, check mata cara manual tak guna komputer, tapi dah 8 tahun kaknab buat kat dia, memang puas hati, ambik terus pakai tak ada masaalah langsung, kira dah regular customer, frame kat kedai pun tak mahal.

Kali ni kaknab tak buat yang photogray yang bila kena cahaya matahari, akan gelap, kaknab buat clip on pula, kalau keluar rumah letak clip on. Kaknab ada potensi akan dapat cataract mata yang kanan pula. Jadi kena selalu,pakai spec hitam bila keluar rumah, yang spec hitam power memang ada, susah pula di luar pakai spec hitam, bila dalam kedai ke, mall ke, takkan nak pakai spec hitam pula. So yang clip on ni, kalau tak mau gelap angkat naik clip on tu, senang kan.

No comments:

Post a Comment