ads

22 December 2015

Solat satu ibadat dan senaman.

Solat adalah wajib bagi kita umat islam. Selain mendisiplinkan kita dengan melakukan solat dengan cepat tanpa melengah lengah bila masuk waktu, kita juga melakukan senaman.

Ketika ruku'dan sujud, serta berdiri tegak memang kita membuat senaman ringan. Cuba kira berapa kali dalam sehari kita ruku' dan sujud? Banyak kan.

Subuh - 4 rekaat (2 fardzu 2 sunat qobliah)
Zohor - 12 rekaat (4 sunat qobliah, 4 fardzu. 4 sunat baqdiah)
Asar - 4 rekaat  fardzu
Maghrib - 5 rekaat (3 fardzu, 2 sunat baqdiah)
Isya' - 6 rekaat (4 fardzu, 2 sunat baqdiah)

Solat sunat dhuha pula 8 rekaat.

Solat tahajud + witir = 11 rekaat

Semuanya  50 rekaat sehari kalau kita buat semua di atas. maknanya 50 kali ruku' 100 kali sujud.

Dalam sehari kita boleh senaman sambil menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim yang soleh.

Sihat lah tubuh badan kita. Aamiin





No comments:

Post a Comment