ads

18 June 2016

fish n chip fillet keli

hari ni kaknab buat fish n chips dari fillet keli. ikan keli yang pancing ada lagi dalam peti ais, besar2 pula tu kaknab katam dia, ikan keli ni 2 kilo kebih, jadi filletnya mmg tebal, kalau keli kecil tak dapat banyak isinya kan. daripada membeku dalam peti ais, knab lapah isinya  untuk buat fish n chips
sedap juga, jum knab share resepinya.

gambarnya dulu ya

bahan2nya

3 keping fillet keli
basuh bersih, lap kering2
perap dengan serbuk lada, garam dan perahan lemon. kaknab perap selama dua jam.

bahan untuk batternya

1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
air secukupnya
garam secukup rasa
1/2/camca baking powder

bread crumb (sebab kaknab tak ada breadcrumb, kaknab guna quarker oats. knab blendkan halus oat.
miyak untuk deep frying.

caranya.

tepung gandum, tepung jagung, garam, baking powder dibancuh dengan air supaya mendapat batter yang smooth.
bancuhan biar pekat sikit supaya elok lekat pada fillet.

bila dah siap batter tu ambil fillet celup dalam batter kemudian golek2 dlm oats hingga oats melekat elok pada fillet kemudian goreng dalam minyak yang panas.

goreng hingga garing keemasan.
hidang bersama sayur dan kentang. goreng serta kacang panggang. 
selamat mencuba.







No comments:

Post a Comment