11 October 2018

Bacaan gula dalam darah

Jom kaknab cerita bacaan gula yang kaknab check hari rabu kelmarin. Terkejut juga kaknab, bacaannya 12.7. Tak sempat pula nak ambil gambar, tak pernah sampai ke situ. Kenapa tinggi pula. 

Kaknab ingat kembali hari selasa kaknab buat nasi lemak makan 3 kali, pagi tengahari, petang, minum petang beli pula lopis pulut, putu piring, kuih manis semua ni.  Minum kopi terlebih gula, patut la bacaan naik 12.7

Lalu kaknab cepat cepat pi cari buah peria katak dalam peti ais, kunyah lagu tu saja, dah xrasa pahit walaupun memang pahit, bahana 12.7 punya pasal. Dah tak kisah pahitnya hihi.
Ambik pula daun kari kunyah pula 10 helai, tengah hari kunyah lagi daun kari, malam kunyah lagi. Tapi teh ais dan makanan manis tetap makan juga.

Pagi ni hari khamis check lagi dah turun 8.6
Alhamdulillah. Daun kari dengan peria katak memang cepat turun bacaan gula. Hari ni punya bacaan sempat ambil gambar.

Jadi daun kari memang baik untuk menurunkan gula. Ni daun kari pokok rumah suami tanam.


No comments:

Post a Comment

Ada besa tak