salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
23 March 2019
Upin ipin keris siamang tunggal
Baru balik tengok wayang dengan cucu. Hihi maktok pun enjoy. Cantik lukisan gambar tu memang nampak real. Tengok show pukul 10.50 pagi. Best juga gambar ni.
19 March 2019
Ikan sembilang masak tempoyak
Jom tengok gulai tempoyak kaknab hari ni.
Jom tgk resepinya
Ni buat semangkuk ja kuahnya untuk sekali makan.
2 biji cili merah
3 biji cili api (kalau nak pedas lebihkan)
Dua batang serai, ambik yang dalam yang lembut. Dapat sikit ja tapi wangi.
Halia setengah inci saja
Belacan 1/2 inci saja
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 1 ulas
+++++++++++++
1/2 inci lengkuas
Sekeping asam keping
Garam
Kepala ikan sembilang dan ekor ada lagi dalam peti ais. Dua hari sudah dah masak kari separuh dari ikan ni. Kalau simpan dalam peti ais sayang pula, sebab kaknab dan suami nak pi rumah anak kat setia alam.
27/3 nak pi krabi dengan anak dan besan. Kalau nak simpan sampai balik nanti xelok dah la ikan tu. Jadi masak gulai tempoyak ja la. Dua ketul sorang satu la kaknab dan suami.
Harum semerbak bau tempoyaknya bila masak.
Jom tgk resepinya
Ni buat semangkuk ja kuahnya untuk sekali makan.
2 biji cili merah
3 biji cili api (kalau nak pedas lebihkan)
Dua batang serai, ambik yang dalam yang lembut. Dapat sikit ja tapi wangi.
Halia setengah inci saja
Belacan 1/2 inci saja
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 1 ulas
+++++++++++++
1/2 inci lengkuas
Sekeping asam keping
Garam
2 ketul ikan sembilang
Dua camca makan tempoyak
Air secukup
Bahan yg atas blend hingga halus.
Dalam kuali tumis dengsn sedikit minyak saja bahan blend hingga wangi.
Masuk lengkuas, asam keping, tempoyak, garam, air secukupnya. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan. Biar ia mendidih hingga ikan masak. Siap.

18 March 2019
My new dentures
Hari ni hari yang ke 15 kaknab pakai gigi palsu baru. Yang lama terpaksa buang sebab yang atas dah pecah, kaknab bubuh gam lekatkan yang terserepih. Dah banyak kali bubuh gam, bila bubuh gam tahan la pakai 2-3 bulan, keluar balik, bubuh lagi.
Kaknab dah pi semula kat dentist dia ada asah sikit gigi bawah kat tempat yang luka
Balik mai dah kat lain pula sakit. Mau tak mau asah sendiri la. Larat ka nak ulang pi kat dentist bukan dekat pun. Nk kena tunggu turn pula. Buang masa. Asah sendiri ja la.
Akhirnya kaknab buang rm1000 buat gigi baru huhu. Gigi baru yang atas cantik sangat tak ada masaalah. Senyuman pun menawan cewah. Yang bawah ni asyik sakit. Kaknab asah pelan2 dengan serepih kaca.
Memang tiap kali buat gigi kaknab korbankan gelas untuk mendapat kaca. Sebab kaca tajam. Kaknab asah pelan2. Ni set yang ketiga jadi 3 gelas la sudah dipecahkan.
Memang tiap kali buat gigi kaknab korbankan gelas untuk mendapat kaca. Sebab kaca tajam. Kaknab asah pelan2. Ni set yang ketiga jadi 3 gelas la sudah dipecahkan.
Kaknab dah pi semula kat dentist dia ada asah sikit gigi bawah kat tempat yang luka
Balik mai dah kat lain pula sakit. Mau tak mau asah sendiri la. Larat ka nak ulang pi kat dentist bukan dekat pun. Nk kena tunggu turn pula. Buang masa. Asah sendiri ja la.
Gigi palsu yg bawah yg lama sedap lagi pakai. Kaknab curi curi pakai juga kalau nak makan kacang atau benda yang keras. Tapi sampai bila nak bagi yang baru biasa dan selesa kalau asyik buang kan. Aduih sakit pun tahan la huhu.
12 March 2019
Vab7809 accident
Sementara nak tunggu subuh, jom kaknab update kereta kami yang accident hari jumaat baru ni.
Kaknab nak pergi rumah anak dari sungai petani. Hari jumaat 8/3/19. Anak dok kat Kepong. Dah sampai Kepong pun. Pukul 6.30 petang memang waktu jalan jam. Sampai kat simpang bila sebiji kereta kancil berhenti bagi lampu isyarat keretanya lip lap tanda bagi suami masuk.
Suami masuk jalan dengan tidak awas sebelah kiri. Datang kereta Mercedes Benz merah langgar kereta kami. Berdetum, cermin sisi kiri jatuh terkulai tidak pecah, bonet depan terkopak.
Driver budak cina muda, mula marah la kenapa tak tengok kiri. Memang suami salah kita minta maaf. Tengok kereta dia pun lampu sebelah kiri pecah. Kalau nak settle bayar pun kita tak mampu sebab mercedes. Jadi kita cadangkan buat report ja. Suami kena saman rm300. Budak cina tu pun slow tak jadi marah. Malam dia call lagi cakap balai traffic mana nak kena pi buat report.
Kereta yang rosak hantar workshop claim insurance. Mengambil masa sebulan juga nak siap repair. Jadi kita balik Sg Lalang dulu. Hujung bulan 28/3/19 nak pi makan angin ke Krabi Thailand, nanti datang balik ke rumah anak kerana naik flight kat KLIA.
Kereta kami proton saga |
Kereta Mercedes tu |
Lampu pecah Mercedes |
07 March 2019
Pressure cooker cornell
Kaknab baru je guna pressure cooker cornell. Suami beli dari wow shop. So far kaknab dah buat bubur kacang dan masak nasi. Kaknab masak bubur kacang guna butang tendon/bean. Memang lembut kacangnya
Tiap hari kaknab masak nasi guna pc cornell ni. Memang elok lembut nasinya. Kaknab memang masak nasi guna beras bhasmati faezah Kashmir. Nasi lembut dan sebiji2. Suami makan nasi lembut nasi keras memang xsuka.
Dalam menu sukatan untuk masak rice 1 air 1 beras. Tapi sebab kaknab nak lagi lembut kaknab guna 1 beras 1 1/2 air. Kalau kaknab tak guna pc cornell, kaknab masak cara steam guna dapor mugen. Sukatannya 1 beras 2 air. Sejak beli pc cornell kaknab tak masak lagi nasi guna dapor mugen.
Rice cooker biasa kaknab simpan dalam store ja tak guna lagi dah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni. Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada...