ads

18 March 2019

My new dentures

Hari ni hari yang ke 15 kaknab pakai gigi palsu baru. Yang lama terpaksa buang sebab yang atas dah pecah, kaknab bubuh gam lekatkan yang terserepih. Dah banyak kali bubuh gam, bila bubuh gam tahan la pakai 2-3 bulan, keluar balik, bubuh lagi.

Akhirnya kaknab buang rm1000 buat gigi baru huhu. Gigi baru yang atas cantik sangat tak ada masaalah. Senyuman pun menawan cewah. Yang bawah ni asyik sakit. Kaknab asah pelan2 dengan serepih kaca.

Memang tiap kali buat gigi kaknab korbankan gelas untuk mendapat kaca. Sebab kaca tajam. Kaknab asah pelan2. Ni set yang ketiga jadi 3 gelas la sudah dipecahkan.

Kaknab dah pi semula kat dentist dia ada asah sikit gigi bawah kat tempat yang luka
Balik mai dah kat lain pula sakit. Mau tak mau asah sendiri la. Larat ka nak ulang pi kat dentist bukan dekat pun. Nk kena tunggu turn pula. Buang masa. Asah sendiri ja la.


Gigi palsu yg bawah yg lama sedap lagi pakai. Kaknab curi curi pakai juga kalau nak makan kacang atau benda yang keras. Tapi sampai bila nak bagi yang baru biasa dan selesa kalau asyik buang kan. Aduih sakit pun tahan la huhu.



No comments:

Post a Comment