12 March 2019

Vab7809 accident

Sementara nak tunggu subuh, jom kaknab update kereta kami yang accident hari jumaat baru ni.

Kaknab nak pergi rumah anak dari sungai petani. Hari jumaat 8/3/19. Anak dok kat Kepong.  Dah sampai Kepong pun. Pukul 6.30 petang memang waktu jalan jam. Sampai kat simpang bila sebiji kereta kancil berhenti bagi lampu isyarat keretanya lip lap tanda bagi suami masuk.

Suami masuk jalan dengan tidak awas sebelah kiri. Datang kereta Mercedes Benz merah langgar kereta kami. Berdetum, cermin sisi kiri jatuh terkulai tidak pecah, bonet depan terkopak.

Driver budak cina muda, mula marah la kenapa tak tengok kiri. Memang suami salah kita minta maaf. Tengok kereta dia pun lampu sebelah kiri pecah. Kalau nak settle bayar pun kita tak mampu sebab mercedes. Jadi kita cadangkan buat report ja. Suami kena saman rm300. Budak cina tu pun slow tak jadi marah. Malam dia call lagi cakap balai traffic mana nak kena pi buat report.

 Kereta yang rosak hantar workshop claim insurance. Mengambil masa sebulan juga nak siap repair. Jadi kita balik Sg Lalang dulu. Hujung bulan 28/3/19 nak pi makan angin ke Krabi Thailand, nanti datang balik ke rumah anak kerana naik flight kat KLIA.


Kereta kami proton saga

Kereta Mercedes tu

Lampu pecah
Mercedes


No comments:

Post a Comment

lagi gambar raya 2024