30 January 2023

frozen shoulder (bahu kaku)

Ingat dak post maknab yang lalu berkenaan dengan sakit lengan iaitu frozen shoulder atau bahu kaku. sekarang ni dah kurang banyak. tak sakit lagi kalau nak kenakan butang bra pun. Dah boleh  angkat tangan tinggi.. tahu kenapa lengan maknab dah lega sikit, bukan makan ubat apa pun., maknab cuma exercise tai chi. Kebetulan dekat taman sebelah ada satu nyonya yang dok ajar tai chi secara percuma saja. 

senaman tai chi ni kan banyak pergerakan tangan. lepas dua kali maknab join group senaman tu, tau tau maknab boleh cakok bra dari belakang. tangan tak sakit lagi. kalau tidak mak ai amboi sakit. sukanya.

mungkin sebab sendi yang kaku sebab tu sakit. bila dok gerak lengan selalu sakit pun hilang. sib baik tak pi hospital kalau tak lagi laa depa nanti buat fisioterapi lagi la sakit. alhamdulillah.

ni link post sakit lengan yang lalu
https://kaknab-jomjahit.blogspot.com/2022/09/sakit-lengan.html



No comments:

Post a Comment

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG