17 March 2023

Sifat tunggal dalam huruf hijaiyah

PEMBAHAGIAN SIFAT HURUF TUNGGAL

  1. Al-Safir (الصَّفِيْرُ) iaitu desiran semasa membunyikan huruf dan mempunyai 3 huruf.

Hurufnya adalah س ز ص

  1. Al-Lin (الْلِّيْنُ) iaitu lembut, hurufnya disebut dengan mudah. 2 huruf yang mati dan sebelumnya berbaris atas.

Hurufnya adalah وْ يْ

  1. Al-Inhiraf (الاِنْحِرَافُ) iaitu melencong sedikit makhrajnya ke tempat lain dan mempunyai 2 huruf.

Hurufnya adalah ل ر

  1. Al-Takrir (التَّكرِيْرُ) iaitu bergetar dan berulang-ulang hujung lidah bergerak lebih sekali secara ringan dan mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ر

  1. Al-Istitholah (الاِسْتِطَالَةُ) iaitu makhrajnya menanjang dan ia mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ض

  1. Al-Tafashy (التَّفَشِّى) iaitu menyebut bersama angina yang menyembur di antara lidah dan lelangit atas dan mempunyai 1 huruf.

Hurufnya adalah ش

  1. Al-Qalqalah (القَلْقَلَةُ) iaitu detakan ketika menyebutnya dan mempunyai 5 huruf.

Hurufnya adalah ق ط ب ج د

No comments:

Post a Comment

JJCM RIVERSIDE JANDA BAIK PAHANG