21 November 2023

Pulut inti

Oleh kerana resepi pulut inti tak ada lagi dalam blog ni. Jom kaknab share resepi pulut inti







Saja ja maknab bungkus dengan daun pisang nak dapat aroma daun dan nostalgia maknab dok jual kuih keliling kampung dengan yang lantang menjaja nama pulut2 yang maknab jual. Pulut inti, pulut sekaya, pulut tetai, pulut panggang, lopis puluuuut.yang last tu mesti lah 6 harakatπŸ€£πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

rendam dulu beras pulut. maknab rendam selama 2 jam. lepas tu basuh dan toskan masuk kedalam loyang kukus selama 30 minit. kukus pulut saja. lepas setengah pulut masak. angkat dan palut dengan santan yang dicampur garam, tunggu sekejap sehingga semua pulut disaluti santan dengan elok. lepas tu letak semula ke dalam periuk kukus. biar selama 5-10 minit atau lebih supaya santan masak elok dan pulut akan tahan lama. lambat basi.

siap dan boleh lah dihidangkan dengan inti kelapa. Inti kelapa masak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Ada beza tak