13 October 2018

Bacaan gula hari ni

Hari ni check lagi. Turun lagi. 6.5 Mungkin kerana daun kari dan minum air dengan apple cider vinegar. 

12 October 2018

Bacaan gula hari ini

Hari ini check lagi gula dalam darah ketika puasa. Ialah 7.2, semalam 8.6. Kira turun lagi, maknanya kaknab mmg dah ada prediebetes, tak dapat bacaan macam dulu 6 kebawah. Kena berjaga sekarang, mencegah lebih baik dari merawat. Kalau dah dapat kena makan ubat pula.

Kaknab masih mengamalkan makan daun kari pagi tghari malam. Minum segelas air  campur dengan secamca apple cider vinegar, pagi dan malam. Tapi semalam makan dukulangsat banyak juga. 


11 October 2018

Bacaan gula dalam darah

Jom kaknab cerita bacaan gula yang kaknab check hari rabu kelmarin. Terkejut juga kaknab, bacaannya 12.7. Tak sempat pula nak ambil gambar, tak pernah sampai ke situ. Kenapa tinggi pula. 

Kaknab ingat kembali hari selasa kaknab buat nasi lemak makan 3 kali, pagi tengahari, petang, minum petang beli pula lopis pulut, putu piring, kuih manis semua ni.  Minum kopi terlebih gula, patut la bacaan naik 12.7

Lalu kaknab cepat cepat pi cari buah peria katak dalam peti ais, kunyah lagu tu saja, dah xrasa pahit walaupun memang pahit, bahana 12.7 punya pasal. Dah tak kisah pahitnya hihi.
Ambik pula daun kari kunyah pula 10 helai, tengah hari kunyah lagi daun kari, malam kunyah lagi. Tapi teh ais dan makanan manis tetap makan juga.

Pagi ni hari khamis check lagi dah turun 8.6
Alhamdulillah. Daun kari dengan peria katak memang cepat turun bacaan gula. Hari ni punya bacaan sempat ambil gambar.

Jadi daun kari memang baik untuk menurunkan gula. Ni daun kari pokok rumah suami tanam.


05 October 2018

Lutut meletup 'pop' ketika sujud

Umur ku sudah 62 tahun. Sekarang ni tiap kali nak sujud ketika turunkan lutut dulu akan ada bunyi 'pop' kira lutut meletup la tu tapi tak la sakit. Bunyi macam kalau kita kepak jari, orang suka kepak jari kan barangkali depa suka bunyi pop tu. Tapi aku paling  tak suka kepak jari. Tak ada letup letup tu.

Aku goggle cari info, bunyi letup kat lutut tu tak apa kalau tak sakit, kalau sakit boleh ambil supplement glucosamine.

Biasa la kalau dah berumur dah masuk warga emas boleh masuk gang meletup ketika solat. Ruku' meletup, sujud meletup.
Apa pun syukur ya Allah masih boleh solat berdiri dengan sempurna

±++±±++++++++++++++++++++++++++++++++

rupanya yang meletup tu bukan lutut tapi jari kaki kalau nk turun sujud masa lipat kaki tu meletup, pop, hehe. ingat lutut. kalau lutut payah la noooh. sib baik lagi la tu.

23 September 2018

Kuih sago kukus

Kuih abok abok ni kami di penang panggil kuih intan bertaboq, tak tau pasai apa orang panggil intan bertaboq. 

Kalau banyak selalunya kaknab kacau dalam periuk. Dah lah buat sikit kalau  nak kacau dalam buat kerak ja nk dapat banyak mana.

Jom kita tengok resepinya dan macam mana nak kukus

1 cawan sagu kecik
Sedikit pencelup merah
4 camca gula
Kelapa parut + sedikit garam. Kukus supaya tak cepat basi. 

Caranya
Sagu direndam dengan air, tak usah banyak, cukup bagi sagu tenggelam, pencelup merah, gula, biar gula hancur. Rendam selama 15 atau pencelup merah mesra dengan sagu.

Kukus dengan cawan pelastik  sehingga sagu jernih maknanya masak elok la tu.

Dah masak cungkil dari acuan gaul dengan kelapa. Siap

Kalau dah masak jadi macam ni.


16 September 2018

Admit kpj kelang

Hari ni kami berkampung di bilik 326. Anak pompuan kaknab keguguran kena admit dua hari kat kpj kelang.



Jogging