salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
24 April 2023
31 March 2023
masak udang nasi kandar
hari ni maknab masak udang nasi kandar, selalu dok buat sambal tumis. sekali sekala ubah pula menunya.
resepi ni style maknab. biasa la orang penang, kalau tak tau banyak sedikit pun tahu juga cara masak lauk nasi kandar ni.
kalau makan di kedai nasi kandar, udang ni memang la maknab tak pernab ambil pun sebab mahal. kalau masak sendiri murah lah sikit.. lagi pun kalau beli memang depa tak kupas kulit udang. nak bagi udang nampak besar, tapi maknab kopek kulit udang, sebab kalau tak kopek rasa menyusahkan masa nak makan. cer tengok tu udang tergolek dalam kuah.
1/2 kilo udang sederhana besar
2 biji bawang besar hiris bulat
untuk ditumbuk halus
2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih)
1 camca teh ketumbar)
1/2 cancan teh jintan manis)
1/2 camca teh jintan putih)
1 camca teh kas kas)
1 inci halia
1 biji tomato potong kecil2 macam dadu
3 biji limau kasturi picit ambil airnya
2 camca teh serbuk kari ikan
daun kari
daun pudina
garam
cara caranya\
picit limau kasturi ambil airnya, di gaul bersama udang perap sekejap 20-25 minit
dalam kuali panaskan minyak, tumis bawang besar hingga garing, masukkan tomato, daun kari, daun pudina, kacau kacau hingga tomato hancur. masukkan bahan tumbuk dan serbuk kari, masak hinggak rempah nak bau. masukkan udang dan kacau hingga kuah agak pekat sikit..sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba
19 March 2023
Gang senaman pagi sungai lalang
Ni group senaman pagi makcik makcik yang active bersenam setiap pagi. Sifu kami nyonya berumur 76 tahun. walaupun cuma senaman ringan, semua nampak bersemangat.
Tangan maknab yang sakit frozen shoulder terus baik. Tak sakit lagi, tak payah makan ubat. Kut dok exercise angkat tangan atas bawah depan belakang muscle yg tegang dah kendur.
Maknab abadikan gambar disini
17 March 2023
Sifat tunggal dalam huruf hijaiyah
PEMBAHAGIAN SIFAT HURUF TUNGGAL
- Al-Safir (الصَّفِيْرُ) iaitu desiran semasa membunyikan huruf dan mempunyai 3 huruf.
Hurufnya adalah س ز ص
- Al-Lin (الْلِّيْنُ) iaitu lembut, hurufnya disebut dengan mudah. 2 huruf yang mati dan sebelumnya berbaris atas.
Hurufnya adalah وْ يْ
- Al-Inhiraf (الاِنْحِرَافُ) iaitu melencong sedikit makhrajnya ke tempat lain dan mempunyai 2 huruf.
Hurufnya adalah ل ر
- Al-Takrir (التَّكرِيْرُ) iaitu bergetar dan berulang-ulang hujung lidah bergerak lebih sekali secara ringan dan mempunyai 1 huruf.
Hurufnya adalah ر
- Al-Istitholah (الاِسْتِطَالَةُ) iaitu makhrajnya menanjang dan ia mempunyai 1 huruf.
Hurufnya adalah ض
- Al-Tafashy (التَّفَشِّى) iaitu menyebut bersama angina yang menyembur di antara lidah dan lelangit atas dan mempunyai 1 huruf.
Hurufnya adalah ش
- Al-Qalqalah (القَلْقَلَةُ) iaitu detakan ketika menyebutnya dan mempunyai 5 huruf.
Hurufnya adalah ق ط ب ج د
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...












































































