ni kaknab buat pola kain duyung untuk kawan kawan. kaknab xberapa pandai nak paint, tapi boleh lah harap kawan kawan boleh faham
dari A turunkan 1/2" boleh kalau xmau
A-B = labuh kain = 38"
A-C = 8" (ini ukuran biasa dari pinggang ke punggung)
A-D = 18" untuk yang xberapa tinggi 20" untuk yang tinggi
(di sini kaknab gunakan 18" untuk labuh kain 38") atau boleh juga ukur dari pinggang ke lutut
A-E = pinggang bahagi 4 tambah 1 (kalau nak buat getah tambah 2 inci lagi untuk getah)
C-F = punggung bahagi 4 tambah 3/4" (kalau nak ketat lagi tambah 1/2" saja)
D-G = 8 1/2" atau 9" (ini untuk size punggung 38" tapi kalau size punggung besar macam 42-48 kenalah besarkan sedikit.iaitu ukuran punggung yang sudah dicampur kelonggaran tolak 1 1/2" atau 2". (contoh: ukuran punggung 44 bahagi 4 + 3/4" = 11 3/4" - 1 1/2" = 10 1/4"
B-H = 14" atau ikut suka ukuran minimum ialah 14" untuk senang melangkah
H-I = naik kan 1 inci dari H kemudian lukis ikut pembaris bengkok dari I ke B
cantumkan E,F,G,I
A=K = 4 1/2"
dari K lukis ke ke bawah 4" di sini kaknab xtanda. jadi kita tandakan x
K-L = 1/2"
K-M = 1/2"
cantumkan L-x dan M-x ini ialah untuk lisu
note: semasa nak meletak pola ke atas kain line ACDB diletakkan keatas lipatan kain,
yang bertanda gelap hendaklah dibuang antara BH dan AE
kaknab harap kawan kawan boleh faham. kalau xfaham boleh shout at kaknab.
salam semua dan selamat datang, hobi menjahit dan memasak boleh menjanakan pendapatan. Senaman aerobik untuk jantung yang sihat. semua masakan dalam blog ni adalah masakan kaknab untuk family
30 September 2009
29 September 2009
kek pound
tengah hari buat ketupat malam pula bakar cake. nilah cake yang kaknab buat. bulan posa, xsempat nak buat sebab dok pulun jahit, ni dia cake kaknab emmm sedapnya.
ketupat pulut
xpuas makan ketupat pada hari raya, kaknab buat lagi hari ini, tadi pagi pi market ada daun palas, pulut pun ada balance lagi, haa makan puas puas.
28 September 2009
mi bandung muar
hari ni masak me bandung muar, balik muar raya kedai makan xbuka xdapatlah makan mi bandung. so balik rumah masak sendiri lah.
jom kita tengok resepinya. hidangan untuk 5 orang
600 gm mi kuning
1 keping tahu
300 gm tulang
300 gm daging (dipotong kecil)
3 pokok sawi
200 gm udang
300 gm keledek (optional untuk pekatkan kuahnya)direbus dan dimesin di lenyek halus
2 cambesar sos tiram
1 cambesar sos tomato
8 cawan air
5 biji telur
untuk di mesin sekali
8-10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
100 gm udang kering (rendam dulu supaya kembang)
cara caranya
celur kan mi dulu dan ketepikan
dalam periuk rebuskan tulang dan daging. ketepikan. dalam kuali tumis bahan2 yang dimesin hingga garing masukkan sos tiram dan sos tomato,, kemudian masukkan air rebusan daging tadi dan keledek yang dilenyek biar ia mendidih kemudian masukkan daging, udang, biar udang masak kemudian masukkan telur akhir sekali masukkan telur, biarkan telur masak, bila kuah sudah masak boleh lah masukan mi selama 5 minit kemudian siap untuk dihidang.
kalau xmau masukkan mi dalam kuah pun xape boleh dihidang berasingan kalau nak makan baru curahkan kuah ke atas mi, sebab mi dah pun dicelur.
27 September 2009
keropok terengganu memang sedap
ni ialah keropok lekor yang diberi oleh mak fahmi ole ole dari trengganu
keropok trengganu memang terkenal sedapnya. terima kasih
JALAN JALAN KE TERENGGANU
hari jumaat, pi jalan kat terengganu, rumah kawan herda.selama 2 hari, terima kasih kepada keluarga fahmi yang begitu merai kedatangan kami, dan membawa kami jalan jalan kat tganu, memang cantik dan banyak tempat tempat bersantai,

pi makan ikan goreng dengan tepung, kat telok ketapang macam goreng pisang gitu,
ada ikan pari, kembong, sotong dan udang
ikan semua fresh, memang sedap, lagi pun kaknab ni kan kaki makan ikan
apa lagi balun sungguh2 lah macam kucing hehehe
ni gambar dekat pantai telok ketapang, dari kiri mak fahmi, abah fahmi,
husband kaknab, kaknab, herny dan amirul
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ni gambar dari miss google. Oven pensonic AE-350N Oven yang kaknab beli tahun 2013. Dah 6 tahun umur dia. Tulisan kat oven pun dah tak nampa...
-
hari ini masak gulai ikan tongsan, tadi p jusco tengok cantik sangat ikan ni, kaknab pun ambik lah 5 ketul, murahnya tak sampai pun rm4. Ni ...




