ads

30 September 2009

pola kain duyung


ni kaknab buat pola kain duyung untuk kawan kawan. kaknab xberapa pandai nak paint, tapi boleh lah harap kawan kawan boleh faham

dari A turunkan 1/2" boleh kalau xmau
A-B = labuh kain = 38"
A-C = 8" (ini ukuran biasa dari pinggang ke punggung)
A-D = 18" untuk yang xberapa tinggi 20" untuk yang tinggi
           (di sini kaknab gunakan 18" untuk labuh kain 38") atau boleh juga ukur dari pinggang ke lutut

A-E = pinggang bahagi 4 tambah 1 (kalau nak buat getah tambah 2 inci lagi untuk getah)
C-F = punggung bahagi 4 tambah 3/4" (kalau nak ketat lagi tambah 1/2" saja)
D-G = 8 1/2" atau 9" (ini untuk size punggung 38" tapi kalau size punggung besar macam 42-48 kenalah besarkan sedikit.iaitu  ukuran punggung yang sudah dicampur kelonggaran tolak 1 1/2" atau 2". (contoh:  ukuran punggung 44 bahagi 4 + 3/4" = 11 3/4" - 1 1/2" = 10 1/4"
B-H = 14" atau ikut suka ukuran minimum ialah 14" untuk senang melangkah
H-I =  naik kan 1 inci dari H kemudian lukis ikut pembaris bengkok dari I ke B
cantumkan E,F,G,I
A=K = 4 1/2"
dari K lukis ke ke bawah 4" di sini kaknab xtanda. jadi kita tandakan x
K-L = 1/2"
K-M = 1/2"
cantumkan L-x dan M-x ini ialah untuk lisu

note: semasa nak meletak pola ke atas kain line ACDB diletakkan keatas lipatan kain,
         yang bertanda gelap hendaklah dibuang  antara BH dan AE

kaknab harap kawan kawan boleh faham. kalau xfaham boleh shout at kaknab.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum,kak nab.. saya Nur.... pelajar dlm bidang jahitan... baru hbs tahap 1... terima kasih kak nab sbb tunjukkan pola kain duyung ni... hmmm... pola kain godet dengan kain kembang payung x de kew?? hehehehe...

    ReplyDelete
  2. utk kanak2 punya kain duyung cmna polanya ya?

    ReplyDelete