10 January 2010

muffin blueberry jam


 
2 hari kaknab xdak kat penang, pi rumah anak kat setia alam, dia baru pindah rumah dia, tadi baru sampai balik, kawan herda ada beli acuan muffin, so semangatlah nak buat muffin, ni lah muffin blueberry jam yang dah siap

02 January 2010

nasi ayam



hari ni masak nasi ayam, pi pasar ikan xberapa ada, so beli ayam masak yang simple simple iaitu nasi ayam. 

26 December 2009

kueh kosui ke kueh lompang


apa apa je lah, ada yang panggil kueh kosui, ada yang panggil kueh lompang, kaknab memang panggil kueh kosui, semalam pi market beli acuan mangkuk kecik kecik comel ni lah buat kueh kosui ni.  my favourite

bahan bahannya

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi kayu
5 1/2 cawan air
1 cawan gula merah
3 camca gula halus
3 cambesar air kapur
sedikit garam
kelapa

masak gula merah dengan gula putih  dengan 5 1/2 air sampai gula hancur, sejukkan. dah sejuk bancuh dengan tepung beras dan tepung ubi kayu, biar ia sebati dan tidak berketul ,masukkan air kapur, kemudian panaskan acuan, bila dah panas tuang bancuhan tepung tadi kukus selama 10 minit . dah siap, hidang dengan kelapa.

25 December 2009

roti canai


dalca sayur

pagi ni bersarapan roti canai, kalau nak beli mau 10 biji.so kaknab buat setengah kilo tepung saja dapat lah 11 biji., makand dengan dalca sayur, sebab dalam peti ais xada apa, daging/ayam xade so buat dalca sayur je, masukkan cube ayam, jadi lah rasa lah ayam hehehe.

bahan bahannya

500 gm tepung gandum
3 cambesar susu pekat manis
1 cambesar margarine atau butter
sedikit garam
air
1 biji telur
margarine secukupnya untuk menyalut douh yang sudah dibulatkan


cara caranya
1. campurkan semua bahan di atas kecuali air, biar semua bahan sebati, kemudian masukkan air secukupnya uli hingga jadi douh yang lembut, bila dah jadi doh, uli 5 minit rehat 10 minit, ulang proses ini sebanyak 3 kali. kaknab guna timer handphone, senang, bunyi je, uli, hahahaha. lawak betui. bila dah selesai proses uli 3 kali itu, buat  bulat amggaram 80 grm gitu, salut dengan margarine simpan lebih 3 jam atau lebih, kaknab simpan agak lama juga sebab uli pukul 11 malam pagi baru buat. tebarkan douh bulat tadi buat seperti gambar pertama, simpan dulu 10 minit, apabila hendak memasak baru lah tekan supaya nipis dengan tangan dan masak di atas api yang perlahan hingga kekuningan

24 December 2009

kueh pau inti kelapa

hari ni pula kaknab buat kueh pau inti kelapa untuk sarapan pagi. kueh pau kaknab ada yang elok ada yang kerememot, bila dah masak kaknab buka je tudung periuk kukus tu terus dia keremot macam ni

pas tu kaknab ada satu idea, bila dah masak kaknab tutup api, xbuka lagi tudung periuk, kaknab biar ia di atas loyang pengukus lepas tu baru kaknab angkat. baru lah dia elok macam ni


sebab jarang jarang buat kueh ni, xberapa pakar, nanti kena buat selalu baru lah terer sikit hehehehe

bahulu rendang @ cucuq kembung


semalam kaknab buat bahulu rendang. pernah x dengar atau makan kueh ni, ada panggil cucuq kembung, orang tanjung tokong panggil bahulu rendang, dulu masa kaknab kecik kecik jual kueh ni, masa jaja pun sebut bahulu rendang, ini ialah kueh kegemaran anak anak kaknab masa depa kecik kecik dulu. kaknab pun lama dah xbuat.kueh ni simple je buatnya.

bahan bahan nya

500 gm tepung gandum
1 cawan gula
2 cambesar margarine atau minyak jagung
1 biji telur
3/4camca besar bicarbonate soda
1/2 cam teh baking powder
air secukupnya.

ayak tepung dengan soda dan baking powder. dalam mangkuk lain, pukul gula margarin dan telur sampai kembang,  masukkan adunan telur ke dalam tepung, tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi dough yang lembut. biar sekejap selama 30 minit, kemudian canai agak2 1/2 nipis, potong ikut suka, kemudian goreng dalam minyak yang penuh, ia akan mengelembung, macam gambar di atas

Jogging