ads

25 December 2009

roti canai


dalca sayur

pagi ni bersarapan roti canai, kalau nak beli mau 10 biji.so kaknab buat setengah kilo tepung saja dapat lah 11 biji., makand dengan dalca sayur, sebab dalam peti ais xada apa, daging/ayam xade so buat dalca sayur je, masukkan cube ayam, jadi lah rasa lah ayam hehehe.

bahan bahannya

500 gm tepung gandum
3 cambesar susu pekat manis
1 cambesar margarine atau butter
sedikit garam
air
1 biji telur
margarine secukupnya untuk menyalut douh yang sudah dibulatkan


cara caranya
1. campurkan semua bahan di atas kecuali air, biar semua bahan sebati, kemudian masukkan air secukupnya uli hingga jadi douh yang lembut, bila dah jadi doh, uli 5 minit rehat 10 minit, ulang proses ini sebanyak 3 kali. kaknab guna timer handphone, senang, bunyi je, uli, hahahaha. lawak betui. bila dah selesai proses uli 3 kali itu, buat  bulat amggaram 80 grm gitu, salut dengan margarine simpan lebih 3 jam atau lebih, kaknab simpan agak lama juga sebab uli pukul 11 malam pagi baru buat. tebarkan douh bulat tadi buat seperti gambar pertama, simpan dulu 10 minit, apabila hendak memasak baru lah tekan supaya nipis dengan tangan dan masak di atas api yang perlahan hingga kekuningan

No comments:

Post a Comment