ads

26 December 2009

kueh kosui ke kueh lompang


apa apa je lah, ada yang panggil kueh kosui, ada yang panggil kueh lompang, kaknab memang panggil kueh kosui, semalam pi market beli acuan mangkuk kecik kecik comel ni lah buat kueh kosui ni.  my favourite

bahan bahannya

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi kayu
5 1/2 cawan air
1 cawan gula merah
3 camca gula halus
3 cambesar air kapur
sedikit garam
kelapa

masak gula merah dengan gula putih  dengan 5 1/2 air sampai gula hancur, sejukkan. dah sejuk bancuh dengan tepung beras dan tepung ubi kayu, biar ia sebati dan tidak berketul ,masukkan air kapur, kemudian panaskan acuan, bila dah panas tuang bancuhan tepung tadi kukus selama 10 minit . dah siap, hidang dengan kelapa.

No comments:

Post a Comment