ads

24 December 2009

bahulu rendang @ cucuq kembung


semalam kaknab buat bahulu rendang. pernah x dengar atau makan kueh ni, ada panggil cucuq kembung, orang tanjung tokong panggil bahulu rendang, dulu masa kaknab kecik kecik jual kueh ni, masa jaja pun sebut bahulu rendang, ini ialah kueh kegemaran anak anak kaknab masa depa kecik kecik dulu. kaknab pun lama dah xbuat.kueh ni simple je buatnya.

bahan bahan nya

500 gm tepung gandum
1 cawan gula
2 cambesar margarine atau minyak jagung
1 biji telur
3/4camca besar bicarbonate soda
1/2 cam teh baking powder
air secukupnya.

ayak tepung dengan soda dan baking powder. dalam mangkuk lain, pukul gula margarin dan telur sampai kembang,  masukkan adunan telur ke dalam tepung, tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi dough yang lembut. biar sekejap selama 30 minit, kemudian canai agak2 1/2 nipis, potong ikut suka, kemudian goreng dalam minyak yang penuh, ia akan mengelembung, macam gambar di atas

No comments:

Post a Comment