ads

09 July 2012

Mata ku berselaput (cataract)

Tadi pagi kaknab p hospital untuk periksa mata kiri kaknab yang kelabu, blur blur, pakai spec pun tak nampak juga sebab ada selaput. Kaknab p dengan basikal, kayuh dari Perda ke Hospital Bmertajam lebih kurang sejam. Saja je naik basikal sambil berexercise. Kalau jalan kaki ke hospital ambil masak sejam, kalau berbasikal setengah jam dah sampai. Ramainya orang kat kelinik mata, sebab kelinik pakar mata kat Bmertajam saja yang ada, semua tumpu di situ. jenuh juga nak tunggu giliran untuk pemeriksaan doktor. Memang kata doktor mata kaknab ada selaput, pemeriksaan selanjutnya pada december nanti, doktor nak bagi bulan october, sebab kaknab nak ke Mekah, kenalah tunda tarikh. Harap2 balik mekah, boleh lah check lagi kut kut kena operate ke, boleh lah terang sikit.

3 comments:

  1. Kak nab, semoga dipermudahkan segala urusan ya.

    ReplyDelete
  2. Kak Nab , Saya baru jumpa blog kak nab dlm 2 minggu lepas.
    Memang byk saya belajar dr blog kak nab.
    especially pasalilmu menjahit.
    saya doakan kesihatan kak nab ditahap yg baik sentiasa untuk kemekah nanti.

    ReplyDelete