ads

31 July 2012

BAGUSNYA NENAS

 

Ini ialah info mengenai kebaikan nenas untuk tatapan kita semua.

 

The Health Benefits of Pineapple

Many people love pineapple. They say that a juicy, ripe pineapple can satisfy sweet cravings as effectively as a chocolate bar. The fruit also offers many health benefits.

Loaded With Vitamins and Minerals

Pineapples are rich in vitamins and minerals including calcium, potassium, fiber and Vitamin C. The fruit is also low in fat and cholesterol.

You can enjoy the health benefits of pineapple by consuming the fresh fruit, or eating the canned or frozen versions. Pineapple juice is just as healthy.

Strengthens Bones

Pineapple helps build healthy bones. This is because pineapples are rich in manganese, a trace mineral that is required to strengthen bones and connective tissues.

One cup of pineapple provides 73 percent of the daily recommended intake of manganese. Pineapple consumption can boost the growth and development of bones in young people and strengthen bones among the elderly.

Good for Colds and Coughs

While many people take Vitamin C supplements or drink orange juice during a cold, few consider eating pineapple. The fruit provides the same benefits as orange juice in treating a cold or cough, but with an additional benefit. Bromelain, a substance found in pineapples, helps suppress coughs and loosen mucus.

21 July 2012

google rumah dan port memancing kaknab

tak ada kerja, google rumah kaknab dan port memancing, rumah kaknab kat BM, IPD SPT, dekat dengan Jusco SC, kat sini dikelilingi dengan bendang, jadi banyak ikan dalam parit2 dan tali air, ikan puyu, haruan, keli, sepat, terubui antara ikan2 yang kaknab pernah dapat, yang paling banyak puyu lah, keli dan haruan kadang2 saja, tengoklah rezeki lah, semua ikan2 memang kegemaran kaknab, banyak khasiat dan protein tinggi, especially haruan dan keli,

arrow putih tu rumah kaknab, yang kuning tu surau, yang merah tu rumah perkep, yang biru tu dewan gemilang
yang arrow hitam tu lah tempat kaknab memancing kat sebelah flat PBA, tengok tak jauh kan dari rumah kaknab kalau kayuh dengan basikal 5 minit je sampai.

yang arrow tu parit  dekat round about  kat jusco, tak jauh juga dari rumah kaknab 5 minit juga naik basikal

yang ni pula tali air kat bendang, tak jauh juga dari rumah kaknab kayuh basikal 5 minit juga/

HARI NI MULA PUASA

Alhamdulillah syukur dipanjangkan umur untuk menunaikan fardzu puasa tahun ni. Semalam sembahyang sunat terawih di surau IPD. Penuh saf orang pompuan. balik sembahyang terawih, terus mereneh daging untuk buat sup, untuk bersahur nanti rebus sampai empuk, Ingat lagi dulu masa kecik2 inilah menu wajib untuk soq (sahur) malam pertama, masa tu memang sedap sup mak kaknab siap buboh tang hoon, bagi banyak hahaha. kerana dulu kita memang jarang makan daging, special2 time saja. tapi la ni, nak makan daging wpun mahal kita mampu, dah rasa tak sedap macam dulu pula noooooo.

Inilah menu sahur kaknab sekeluarga


17 July 2012

ikan puyu masak lemak cili api.

salam semua, hari ni kaknab nak masak ikan puyu masak lemak cili api. pilih ikan puyu yang besar2 dalam equarium, ikan yang kaknab pancing. Sebab dalam rumah kaknab sorang saja yang makan ikan ni, so boleh lah masak pedas2 dan kow kow sikit, family kaknab banyak yang tak makan pedas, kalau masak cili api pun kena kurang pedas mana ada ummph, lebih pedas baru lah best. senang yang lain tak makan, pedas2 pun kaknab sorang yang makan tak sapa nak complain hehehe.

10 ekor cukuplah untuk kaknab sorang, ni pun jenuh juga nak makan.


tengok besar kan ikan puyu ni, satu tapak tangan kaknab.
masak lemak puyu sudah pun dimasak. pedas dan kow kow punya.

09 July 2012

Mata ku berselaput (cataract)

Tadi pagi kaknab p hospital untuk periksa mata kiri kaknab yang kelabu, blur blur, pakai spec pun tak nampak juga sebab ada selaput. Kaknab p dengan basikal, kayuh dari Perda ke Hospital Bmertajam lebih kurang sejam. Saja je naik basikal sambil berexercise. Kalau jalan kaki ke hospital ambil masak sejam, kalau berbasikal setengah jam dah sampai. Ramainya orang kat kelinik mata, sebab kelinik pakar mata kat Bmertajam saja yang ada, semua tumpu di situ. jenuh juga nak tunggu giliran untuk pemeriksaan doktor. Memang kata doktor mata kaknab ada selaput, pemeriksaan selanjutnya pada december nanti, doktor nak bagi bulan october, sebab kaknab nak ke Mekah, kenalah tunda tarikh. Harap2 balik mekah, boleh lah check lagi kut kut kena operate ke, boleh lah terang sikit.

DAH SETAHUN CUCU MAK TUK

cake celebrate dengan mama dan papa




comelnya Damia buat muka busyuk



cake celebrate kat taska


08 July 2012

Suntikan untuk selsema dan radang paru paru

Kelmarin 7/7/12, sabtu, kaknab p untuk suntikan untuk penyakit selsema dan radang paru paru kat Perda. untuk 2 injection  AGRIPPAL/PNEUMOVAX23 dikenakan RM150. Duit tak kisah, yang penting persediaan untuk ke tanah suci Mekah, kerana Mekah memang sedia maklum sentiasa panas dan berdebu, lagi pun berjuta2 umat Islam ke sana, Ramai sangat manusia boleh menyebabkan penyakit senang berjangkit. Ramai juga bakal2 haji yang p untuk injection ini.

jogging jangan tak jogging

Kaknab baru balik berjoging pagi ni keliling berek polis. Kaknab membuat persediaan untuk ke tanah suci tahun ini, Di sana memang kena banyak berjalan. kaknab mula keluar rumah pagi ni 6.15 am, pusing 7 round  tamat pada pukul 7.15 am. ini bermakna kaknab mengambil masa sejam untuk 7 keliling berek. Tapi kata orang yang sudah p ke Mekah, pusing kaabah tak sampai sejam kecuali kita bertawaf di tingkat atas. Ini bermakna keliling berek lebih besar dari keliling kaabah. Kaknab memakai kasut jogging yang baru beli, memang sedap dan selesa kasut ni. Ini lah kasut jogging kaknab yang paling mahal sekali. Apa salahnya buang sedikit wang untuk kasut yang selesa dan sedap dipakai kerana berjalan jauh. Kaknab akan catitkan berapa kali boleh pakai dan tahan berapa lama, kaknab anggarkan sehari 50 sen untuk kasut ini. kalau sebulan 15 ringgit, kerana kaknab hari2 jogging tanpa miss, senang lah kira kan. kalau 10 bulan 150 ringgit kalau 2 tahun pakai RM360., kira berbaloi lah wpun kasut ni mahal, memang kata orang alah membeli menang memakai, tiap2 satu yang mahal ada kelebihannya. Harga kasut ini  RM244 setelah discount 20%. Kalau boleh tahan 2 tahun tak rugi lah beli kan.

ni pakai untuk jogging sahaja
Yang lagi sepasang kolor cokelat, kasut driver bas kata suami kaknab, tak kisah lah driver bas pun driver bas lah. harganya RM120 setelah 50% discount. kasut ini kaknab guna naik basikal, naik motor dan jalan2 p jusco ke, shopping ke. Memang selesa juga. kaknab akan bawa ke mekah kedua kasut ini kerana di sana banyak berjalan. Biar lah tak cantik dengan kasut sport, orang tengok memang macam janggal kan orang tua macam kaknab 56 tahun pakai kasut begitu, janji selesa dan senang berjalan.

ni pakai untuk jalan2 atau naik moto dan basikal
Kaknab kena jaga betul2 bila ke sana, kerana kata orang kasut selalu hilang kalau letak di mesjidil haram, jadi kena sentiasa boh dalam beg dan letak disisi masa sembahyang.

Ni antara kasut2 jogging kaknab yang masih elok lagi, selalu kaknab pakai p memancing, sebab lama sikit, kena ayaq pun tak pa lah, kasut kasut ni masih elok dan masih boleh dipakai lagi.

kasut ni rm49 saja, size 3 pula, la ni nak cari size 3 pun payah





yang ni pula rm59 size 4, kasut hiking, p memancing memang sesuai sebab boleh naik batu tak licin

memancing di Ban pecah, Tanjung Piandang

Lama betul kaknab tak p memancing di Tanjung Piandang, Ban pecah, kelmarin Sabtu kaknab pun p dengan suami. Air tengah nak pasang memang elok masa untuk memancing.  Bertolak dari rumah 11.00 sampai 11.45 pagi. Malang sungguh kali ini memancing asyik buntal saja yang habiskan umpan udang. kaknab sekor pun tak dapat, suami dapat juga gelama 4 ekor.  Duduk pula di tengah panas lit lit kata orang utara. lebih kurang 2.30 pm kaknab pun balik lah. Tak larat nak tunggu hingga ikan galak makan umpan.

cantik kan pemandangan ban pecah



ni ialah pintu air, sampan2 parking kat sini

suami sedang bersolat zohor, wpun ditengah panas kewajipan mesti
ditunaikan.





03 July 2012

Inject untuk ke Mekah

Tadi pagi kaknab p hospital Bmertajam untuk Inject Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135. Kaknab jalan kaki dari rumah kaknab Berek Polis IPD kat Perda sampai hospital Bmertajam. cukup2 sejam perjalanan kaki baru sampai ke hospital. Bukan apa practise kerana kalau ke sana nanti dari Mina nak jalan kaki ke Mekah 7 kilometer, kalau pergi balik mau 14 kilometer.  Sib baik kaknab tak ada masaalah, B/P120/70, gula dalam darah 4.8. Lega lah tak gadoh datang balik kalau ada masaalah kesihatan. Hari sabtu ni 7/7/12 pula kaknab akan ambik lagi satu injection untuk selsema dan radang paru2. yang ni kena duit rm150. nanti kaknab update bila dah inject.

02 July 2012

kursus intensif haji

Salam semua, lama betul kaknab tak masuk dan post apa2 ke blog ni, sibuk tu taklah sangat, tapi dengan aktiviti memancing, menjahit baju sendiri, memasak, dll selain dari itu, kalau ada peluang meluangkan masa dengan membaca buku rukun haji, maklumlah nak kesana hujung tahun ni, menambahkan ilmu supaya dapat haji mabrur. kelmarin Ahad 30/6/12 dan 1/7/12, 2 hari banyak info2 yang berguna untuk kita Jemaah Haji. Terima kasih pada Tabung Haji yang begitu prihatin dan berusaha bersungguh2 memberi tunjuk ajar dan kursus yang detail kepada kami.

Sepatutnya quota kaknab ialah 2044 tapi kerana menjadi pengiring ibu kaknab, maka kaknab pun dapat p awal juga, Alhamdulillah. Ibu kaknab dah 82, baru saja daftar january 2012, tapi terus terpilih pada tahun ini kerana priority diberi kepada warga emas. W/pun mak kaknab agak lambat sikit nak dapat semua rukun dan wajib haji, dia tak pernah lekang dengan buku jawi kuningnya itu, bahkan lebih rajin dari kaknab, kaknab pergi kursus sudah boleh faham semua rukun dan haji, jadi kaknab lah jadi tutor dia pula hehehe.

Semasa pergi kurus Intensif tu ada juga 3-4 orang yang sebaya mak kaknab, ada yang masih kuat dan sihat, ada yang agak uzur, tapi semangat tu kental untuk ke tanah suci. Semoga kesihatan ibu kaknab dan makcik2 yang sebaya mak kaknab tu baik dan boleh mengerjakan haji dengan sempurna. Amin.