ads

18 January 2013

KARI IKAN BAJI

Assakamualaikum semua, dah pergi pasar ke? Masak lauk apa hari ni.
Kaknab dah p market, beli ikan baji, 3 ekor 2 kilo rege rm15/- dah ada harga ikan ni. Ikan ni ialah favourite kaknab and husband, kalau jumpa memang tak lepas mesti beli punya. tambah pula ikan baru, isang dok berlender lagi, apa lagi masak kari lah jawabnya.

Balik rumah, terus je, rendam rempah ketumbar, cabai kering, jintan putih, sedikit lada hitam, dengan air panas supaya kembang, sebab nanti kaknab nak blender untuk masak kari. amboi sembang kat sini pun dah teliuk hehehe. kaknab suruh apek tu potong kepala dan buang sisik, tapi kaknab ada upload gambar ikan ni original punya yang belum siang, sebab ada orang tak kenal ikan ni, sebab ikan ini tak dak rupa, tak cantik langsung, ramai yang tak tahu, sedapnya ikan ni, lebih sedap dari ikan bawal, lebih sedap dari ikan siakap.

ni belum siang lagi, tengok lah hodohnya 

ni yang beli tadi, dah digondol kepalanya

ikan dah pun disiang ready to cook

4 camcabesar ketumbar, 20 biji cili kering, 1 camcateh penuh jintan putih, sedikit lada hitam, sedikit kunyit hidup, direndam dengan air panas selama sejam supaya kembang,

dah pun siap dimesin halus

dah pun masak kari ikan baji, amboi 
dah pun dihidang.

cara memasak kari ni boleh lah refer kaknab punya entry label "resepi kari dan gulai" masaknya lebih kurang sama. yang penting mesti banyak bawang baru kari sedap rasanya, dan jangan bubuh ajinimoto, nanti hilang rasa rempah originalnya. pure punya penang mari.

5 comments:

  1. Salam kenal Kak Nab. Amboi... terliuq sungguh tengok gulai Kak Nab tu. Rempah sendiri bikin pulak tu. Tak guna rempah serbuk yang jual kat kedai. Mesti terangkat gulai ni (Orang penang panggil kari gulai kan!). Nanti nak try buat rempah sendiri macam kak nab. Selalunya beli rempah serbuk Babas bila buat gulai. Saya pun orang Penang juga. Masa kecik dulu duduk ngan Mak Tok kat Jelutong, Bukit Dumbar.

    ReplyDelete
  2. wassalam kaknor, rempah buat sendiri memang sedap, wangi je, cuba lah mesti tak mau pakai babas dah. mak tok kaknoor dok kat bukit dumbar, kampung pisang awak ke. la ni, kampung tu dah banyak berubah, dah jadi rumah banyak rumah flat.

    ReplyDelete
  3. baru balik mancing..dapat ikan baji sekoq..search cara masak kt sini.. nasib bek ada blog kak nab ni...thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  4. Saya semalam pancing dapat ikan ni, first time dapat. Tanya kawan nama ikan ni tapi masih seram2 nak makan, nasib baik jumpa bloq akak. Thank you for sharing kak.

    ReplyDelete