ads

25 January 2016

Bengkang gula putih

Hari ni terajin la pula, tiba2 teringat nk buat bengkang gula putih, bengkang nilah mak knab buat dulu2, sekali bakar 4/biji, aku balik sekolah mesti kena kisar tepung. Pastu tolong mak kacau sebelum bakar.

Zaman dah berubah tak payah pengisar la tepung, beras yang direndam, masuk dalam blender je.



Resepi
Bengkang gula putih

1 cawan beras rendam, blender dgn 1 cawan air
3 cawan santan
3/ 4 cawan gula
1/4 tepung ubi kayu - klu guna tepung hong kwee lagi sedap.

Bancuh semua bahan diatas sehingga sebati dan tidak berketul, kemudian kacau perlahan diatas api perlahan hingga masak adunan tepung menjadi kental dan berkilat. Kemudian bakar hingga kekuningan di atas.

No comments:

Post a Comment