ads

13 February 2016

kuah kacang cecah patongko

kaknab baru saja siap buat kuah kacang untuk makan dengan kueh patongko sarapan esok pagi. jom kita kita resepinya. kuah ni blh juga cecah dengan cucuq udang. kalau buat pecal boleh juga tuang kuah ni atasnya. kira kuah untuk semua lah

satu mangkok cabai  kering yang sudah dikisar.
3 batang serai )
sedikit lengkuas)
7-8 bawang keci) kisar halus ketiga ni.
2 camca makan gula merah
gula secukupnya
kacang tanah digoreng dan dikisar halus
air asam jawa.
minyak secukupnya
garam secukup rasa

tumis serai/lengkuas/bawang kecil yg sudah dikisar hingga garing dan wangi.  masukkan cabai kisar masak sampai wangi dan pecah minyak, masukkan air asam jawa. kemudian gula merah, garam, gula putih. biar ia masak elok, hingga pecah minyak, masukkan kacang yang tanah yg sudah dikisar, kalau pekat tambah air. masak lagi 10-15 minit. siap boleh dihidangkan dengan patongko.


No comments:

Post a Comment