ads

24 July 2009

ayam hitam manis


tadi ada kelas memasak kat perkep spt, ayam hitam manis, sedap lah juga, ni kaknab bagi resepi untuk berkongsi bersama

1 ekor ayam
2 cawan cili kering kisar
5 labu bawang besar (di potong bulat)
8 ulas bawang putih
3 cm halia, (ditumbuk lumat bersama bawan putih)
3 btg serai, diketuk
5 biji tomato (di potong dadu kecil2)
1/4 cawan air asam jawa
4 sudu besar kicap pekat
garam dan gula
minyak untuk menumis dan menggoreng.


cara-caranya



basuh ayam dan perap dengan kicap selama 1 jam. kemudian goreng ayam (deep frying)
bahan perapan ketepikan.
panaskan minyak tumiskan serai, bawang besar, bawang putih+halia, hingga naik bau.
kemudian masukkan cili kisar , masak hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula dan air perapan tadi,bila sudah betul2 garing masukkan tomato yang dipotong dadu tadi, biar ia masak agak pekat, kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau hingga sebati dan bepalut. okay siap dah ayam hitam manis, boleh cuba.

No comments:

Post a Comment